Saturday, April 25, 2009

KUALA LUMPUR, 22 April – Berikutan pelbagai spekulasi yang dibuat apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri Perak oleh Speakernya, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah, berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Datuk Hafarizam Harun, selaku Penasihat Undang-undang UMNO/Ketua Pasukan Undang-undang.

Kenyataan Rasmi

A. Pengenalan
Sejak daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan laman web tentang kesan atau impak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Notis Usul 06-04-2009 (A) antara YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (dituntut selaku Yang DiPertua, Dewan Negeri Perak) yang terbaru adalah di dalam laman http://www.harakahdaily.net/ oleh Saudara Hanipa Maidin, Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat pada April 20, 2009.

Justeru itu, saya selaku Ketua Pasukan Undang-undang yang bertanggungjawab di dalam kes di atas merasakan perlu saya berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat kesimpulan sewajarnya.

B. Latar Belakang Kes Mahkamah Tinggi Ipoh Saman Pemula No: 24-247-2009
Tindakan Saman Pemula ini telah difailkan pada 2hb Mac 2009 (tindakan pertama). Antara deklarasi yang dipohon adalah seperti yang tertera di dalam LAMPIRAN 1.

C. Kes Mahkamah Persekutuan Notis Usul No. 06-04-2009(A) di Putrajaya
Terdapat 11 permohonan yang dipohon oleh YAB Menteri Besar Perak dan enam Exconya.

Bagi mendapat kata putus kepada tindakan di atas, kami telah failkan suatu permohonan di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak yang bermaksud seperti di bawah:

“Without prejudice to any appelate or revisional jurisdiction of Federal Court, where in any proceedings before another Court, a question arises as to the effect of any Article in the Laws of tahe Constitution or any part thereof, the Federal Court may, on the application of either party to the proceedings, determine that question and either dispose of the case or remit it to the other Court to be disposed of in accordance with the determination.”

Ianya telah didengar oleh Mahkamah Persekutuan daripada 13hb hingga 14hb April dan keputusan diberikan pada 16hb April. Berikut adalah (LAMPIRAN 2) persoalan undang-undang yang telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu soalan (i) dan (ii) Lampiran A kepada LAMPIRAN 2 di sini.

Pada hari yang sama juga, (16 April 2009) Mahkamah Persekutuan telah membuat perintah-perintah berikut terhadap tindakan pertama kami iaitu memberikan perisytiharan bahawa;
a. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif Pertama hadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah; dan
b. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif ke-2 sehingga ke-7 menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

Berdasarkan kepada perintah-perintah peristiharan di atas, saya menyatakan bahawa YAB MB Perak dan enam Exconya layak hadir ke sidang Dewan Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb Mei 2009 atas alasan-alasan berikut:\

i. Perintah-perintah yang diperolehi adalah muktamad dan tiada lagi ruang untuk merayu.

ii. Jikalaupun tidak mendapat keseluruhan permohonan di dalam tindakan pertama, sila lihat Lampiran A kepada LAMPIRAN 2, yang pentingnya di sini ialah persoalan kesahihan penggantungan terhadap YAB MB Perak dan enam Exconya telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia ia tidak sah dan terbatal;

iii. Dalam ertikata lain, lain-lain permohonan (prayers) di dalam tindakan pertama hanyalah bersifat bersampingan (consequential). Yang pentingnya, seperti saya tegaskan tadi, adalah apa yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berkenaan pendapat Saudara Hanipa bahawa Peguam UMNO telah salah memilih prosedur, iaitu perlu melalui semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya Saman Pemula, ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam bantahan awal peguam YB Sivakumar bahawa tindakan pertama (iaitu melalui Saman Pemula) adalah betul dan wajar.

Tambahan lagi, apa yang dipohon adalah deklarasi hak-hak (declaration of rights) oleh YAB MB Perak dan enam Exconya.

Isu keputusan YB Sivakumar selaku Yang DiPertua patut dipadam oleh Mahkamah (quasued by the court) tidak timbul (non-issue) kerana ianya dibuat secara berseorangan (unilateral) dan bukannya di dalam sidang sah Dewan Negeri Perak. Sila lihat LAMPIRAN 3 iaitu kenyataan akhbar YB Sivakumar.

Jelas perkataan yang dibuat adalah “Saya telah membuat keputusan….”
Begitu juga surat-surat pemberitahuan di dalam LAMPIRAN 4, semuanya jelas menggunakan perkataan “…kuasa saya….” Ini pada hemat saya penggunaan kuasa secara berlebihan (excess use of powers) oleh YB Sivakumar dan tidak mengikuti lunas undang-undang.

D. Apakah yang dikatakan suatu penghinaan (contempt) yang kononnya dilakukan oleh YAB MB Perak dan Enam Exconya sehingga ianya digantung oleh YB Sivakumar?

Jikalau dilihat Saman untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebebasan (Rights and Privileges Committee) yang dikeluarkan oleh YB Sivakumar, selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, iaitu LAMPIRAN 5 (untuk YAB MB Perak) dan LAMPIRAN 6 (untuk Enam Exconya), ianya dikatakan suatu penghinaan (contempt) kerana:
(a) Untuk YAB MB Perak (LAMPIRAN 5)
“(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat diri kamu sebagai Menteri Besar;
(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;

(iv) Bahawa tindakan kamu membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai seorang ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;

(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan;

(viii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu bermaksud suatu kelakuan rasuah, derhaka, pengaruh tak wajar, biadap dan pemerintahan buruk.”

(b) Untuk Enam Exco Perak (LAMPIRAN 6)
“ (i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat sebagai ahli EXCO;

(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-Undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;

(iv) Bahawa tindakan di atas membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini dan adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;
(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan.”

Persoalan pokok di sini ialah bukankah DYMM Paduka Seri Sultan telah perkenan mengadap dan mengangkat sumpah jawatan YAB MB Perak pada 6hb Februari 2009 manakala enam Exco pada 10hb Februari 2009.

Jika menerima perlantikan jawatan YAB MB Perak dan Exco adalah suatu penghinaan (contempt) kepada Dewan Negeri, tidak menerimanya pula adalah suatu penderhakaan (traitor) terhadap kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Kesimpulan saya daripada di atas adalah berikut:
(i) Oleh kerana pihak pembangkang mengakui prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability) kuasa DYMM Paduka Seri Sultan melantik Menteri Besar dan barisan Exconya, YAB MB Perak dan Enam Exconya telah dijadikan mangsa serangan (obvious target);

(ii) Ianya adalah serangan secara pintu belakang (back door challenge) disebabkan prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability); dan

(iii) Suatu lagi contoh penggunaan kuasa secara keterlaluan oleh YB Sivakumar selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak tanpa mengambil kira prinsip pecahan kuasa iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Negeri dan di bawahnya adalah Badan Legislatif dan Eksekutif.

E. “Mesyuarat bawah pokok” – tidak sah

Adalah mengelirukan pada hemat saya, apabila Saudara Hanipa mengatakan bahawa penggantungan YAB MB dan Enam Exconya telah diterima (endorsed) di sidang bawah pokok kerana alasan-alasan berikut:

(i) Perintah Tetap 10, Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (LAMPIRAN 7) jelas mewajibkan perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan di dalam warta;

(ii) Mesyuarat bawah pokok pada 3hb Mac 2009 tidak mendapat perkenan, tiada perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan; dan

(iii) Ketiga-tiga mesyuarat di dalam Penggal yang terdahulu, yang terakhir berakhir pada 13hb November 2008, mempunyai perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan.

Ianya telah diikuti secara ketat oleh YB Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Ahmad Jamaludin sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Perak.

F. Kesimpulan

Adalah hujahan saya bahawa perintah Mahkamah Persekutuan yang diperolehi pada 16hb April 2009 adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan. Ianya juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Sunday, April 19, 2009

Daulat Tuanku...

Peringatan Sultan Azlan

Oleh SITI MARIAM MD. ZAINpengarang@utusan.com.my

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika menyampaikan titah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-81 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam. – BERNAMA

KUALA KANGSAR 19 April – Tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi diraja dengan menyemai rasa benci merupakan satu perbuatan ‘menyalakan api dalam sekam.’

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, perbuatan seumpama itu bukan sahaja amat berbahaya tetapi juga boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

Titah baginda, seseorang raja sebenarnya berada ‘di atas politik’ dan tidak boleh turun berdebat secara terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik terbabit.

“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian.

Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

“Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan.

Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang- undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-81 di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kerabat-kerabat di raja yang lain. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Pada hemat baginda, rakyat negara ini terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

Tegas baginda, dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.

Justeru titah Sultan Perak, para pemimpin yang mewakili kumpulan politik berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Baginda mengakui hakikat sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara sememangnya berlaku kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir di negara ini.

Jelas Sultan Azlan Shah, baginda sendiri dari semasa ke semasa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahu pun tertutup berkaitan perkara-perkara yang tergelincir daripada dasar dan garis perundangan.

“Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa individu atau yang berpunca daripada kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.

“Barang dijauhkan Allah, bangsa menghadapi nasib malang ‘menang sorak kampung tergadai’, akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri,” titah baginda.

Sultan Azlan turut mahu tafsiran bahawa raja berperlembagaan adalah raja sekadar lambang tanpa sebarang kuasa diperbetulkan segera.
“Raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.

“Perlu ditegaskan bahawa raja berperlembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan serta hak untuk memberi peringatan dan teguran,” titah baginda.

Tegas baginda, peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan Perlembagaan.

Raja pemerintah, titah baginda, mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara agar sentiasa dilindungi.

Justeru, berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kata Sultan Azlan Shah, raja-raja mempunyai peranan Perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum- kaum lain.

ulasan- inilah Sultan yang peka akan nasib rakyat yang mahu kemakmuran dipertahan dan berterusan dibawah payung Barisan Nasional...

Thursday, April 16, 2009

Akhirnya..kurang dosa sikit menipu rakyat...

Fairus letak jawatan sebagai ADUN Penanti
16/04/2009 1:52pm
PULAU PINANG 16 April - Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang difakskan kepada Bernama di sini hari ini.
— Bernama

pilih kasih...la apa lagi...

KUALA LUMPUR, 16 April – Setelah dua bulan berlalu dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bercuti ekoran kontroversi yang melanda, akhirnya dia akan kembali bertugas semula esok sedangkan jika difikirkan secara rasional, wajarkah tindakan yang dipilihnya?
Bukan mahu mempertikaikan atau enggan memberi peluang atas soal peribadi yang kononnya telah dibiarkan berlalu sedangkan siasatan pihak polis berhubung dengan laporan yang dibuatnya belum lagi selesai.
Apatah lagi kekecohan yang timbul berkaitan salah laku moral Februari lalu bukanlah milik peribadi Elizabeth Wong semata-mata kerana tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat tentunya akan menuntut keseluruhan kehidupannya adalah bersih dari perbuatan negatif.
Tambahan pula, sebelum ini, Elizabeth sendiri telah mengakui perbuatan sumbangnya dan turut mengambil keputusan akan berpegang kepada pendirian meletakkan jawatan sebagai ADUN dan juga Exco kerajaan negeri Selangor.
Apa lagi yang perlu difikirkan jika yang empunya badan sendiri sudah mengakui bahawa gambar sedemikian adalah miliknya.
Malangnya pemimpin atasan pakatan campuran enggan melepaskan begitu sahaja, sebaliknya setelah diberi cuti selama dua bulan, kerajaan negeri Selangor menawarkan kembali Elizabeth menyambung tugasnya.
Sesungguhnya, terbukti dan terserlah bahawa pakatan campuran hanya pandai mengata dan berkata-kata sahaja dan apabila terkena batang hidung sendiri maka sepantas itu juga mereka mencari helah mengenepikan apa yang telah mereka perkatakan.
Ingatlah semula, bagaimana perlakuan dan kelancangan mereka menunding jari apabila ada di antara pemimpin BN yang turut menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab….
Pakatan campuran yang didalangi oleh PKR, DAP dan PAS terus sahaja memburuk-burukkan kerajaan BN apabila Datuk Dr. Chua Soi Lek yang ketika itu menjawat Menteri Kesihatan terlibat dalam skandal seks hingga memberikan pelbagai tekanan untuk beliau meletak jawatan sama ada dalam kerajaan mahupun parti. Lantaran itu, beliau berbuat demikian pada 31 Disember 2007.
Persoalannya, mengapa perkara yang sama tidak diambil terhadap ahli atau ADUN mereka yang secara terang telah mengaku bahawa dia telah berbuat silap dan ingin melepaskan jawatan.
Lihat sahaja bagaimana kes melibatkan Elizabeth Wong yang ternyata turut makan diri. Pengakuan Elizabeth terhadap gambar separuh bogelnya yang tersebar menyebabkan dirinya sendiri tertekan.
Selaku Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, sewajarnya Elizabeth tidak terbabit dalam perbuatan yang ternyata melanggar moral dan etika sebagai pemimpin yang kononnya berjiwa rakyat.
Walaupun Elizabeth mengatakan dirinya menjadi mangsa kepada pihak yang cuba menganiayanya tetapi dia mengakui bahawa gambar tersebut dirakam oleh bekas teman lelakinya.
Jika diambil soal etika dan moral, sudah pastilah hal sedemikian amat memalukan masyarakat yang menjadi pengundinya dan juga institusi kerajaan negeri khususnya rakyat di Negeri Selangor.
Memang Elizabeth membuat laporan polis kerana kononnya dia teraniaya. Ekoran itu siasatan yang dibuat oleh pihak polis menemukan semakin banyak pula kesalahan moral yang berlaku membabitkan pemimpin-pemimpin PKR hinggakan dikatakan bekas teman lelakinya adalah lelaki Melayu yang beragama Islam…
Nilailah sendiri kemungkinan-kemungkinannya….
Sebaliknya, para pemimpin tertinggi pakatan campuran membela apa yang dilakukan oleh Elizabeth lantas sebagai alasannya terus pula menunding jari menyalahkan pihak lain.
Justeru, bagaimana mungkin ia boleh berkait dengan UMNO dan BN sedangkan difahamkan bahawa bekas teman lelaki Elizabeth adalah antara penasihat kepada orang penting dalam PKR sendiri.
Sememangnya nilai moral dan etika dalam peribadi wakil rakyat dipertikaikan oleh masyarakat setempat kerana ia sememangnya menyalahi nilai dalam mana-mana agama sekalipun di samping bertentangan dengan budaya masyarakat dan bangsa Malaysia.
Lantaran itu, mereka ditolak dan akibat daripada tekanan di samping rasa tanggungjawab terhadap masyarakat yang telah memilih mereka, wakil rakyat terbabit wajar membuat keputusan bersandarkan kepada kesalahan sendiri.
Namun begitu, persoalannya… mengapa pula BN dan UMNO yang dikaitkan dan dipersalahkan?
Di mana logiknya keterlibatan BN dan UMNO hinggakan dijadikan sebagai objek untuk mengelakkan diri dari menganggung aib.
Dalam hal lain pula, tentunya masih jelas bagaimana tindakan pembangkang dalam menangani masalah salah laku moral terhadap ahli-ahli mereka termasuklah menyembunyikan keburukan moral para pemimpinnya, sebagaimana antara contoh kes Anwar Ibrahim meliwat pembantunya Saiful, kes Mat Sabu di bilik 121 Hotel Perdana dan Abd Razak Abas, si penyelak kain!
Lebih malang jika orang yang sebegini terus dijadikan contoh dan tauladan kepada rakyat khususnya di kawasan DUNnya sendiri iaitu selaku pemimpin dan wakil kepada masyarakat setempat.
Ironinya, bangkai gajah tak mungkin boleh disembunyikan dan sedikit demi sedikit kecacatan terserlah apabila satu persatu salah laku dan moral mula kelihatan. Lantas, nilailah sendiri kemungkinan untuk masa hadapan jika orang sebegini terus jadi pemimpin….
Janganlah hendaknya kerana terlalu taksub terhadap kepimpinan songsang pakatan campuran, maka gagal pula untuk menilai yang mana benar dan yang mana salah sepertinya tak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata.
Fikirlah, di mana kewajaran prinsip yang dipertaruhkan pakatan campuran?

Wednesday, April 15, 2009

kemenangan berterusan di perak...

Mahkamah putuskan penggantungan MB Perak tidak sah

16/04/2009 12:17pm

PUTRAJAYA 16 April - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan penggantungan Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Speaker, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah kerana seorang speaker tidak ada kuasa berbuat demikian.

Allah selalu bersama mereka yg benar..

Saturday, April 11, 2009

pandangan anda diperlukan...Cerita la sikit???

Datuk Seri Najib Razak mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi pandangan mengenai barisan Kabinet baru yang diumumkan beliau Khamis lalu serta mengenai pendekatan baru berasaskan kemajuan yang bakal dikuatkuasakannya.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah menimbangkan beberapa faktor untuk memastikan bahawa Kabinet itu benar-benar satu Kabinet Rakyat yang mampu berkhidmat untuk rakyat secara saksama dan berkesan serta berusaha membawa negara ke hadapan tanpa meminggirkan sesiapa.

"Maklum balas daripada komen yang dihantar ke blog saya sejak pengumuman barisan Kabinet dibuat adalah melegakan bagi sesetengah pihak dan menimbulkan persoalan bagi yang lain.


"Berdasarkan perkembangan ini, saya mempelawa anda semua untuk berkongsi pandangan terhadap barisan baru ini dan pendekatan baru yang berasaskan kemajuan yang saya akan kuat kuasakan dengan menghantar komen anda.

"Saya juga sangat berminat untuk mengetahui harapan anda terhadap pentadbiran baru ini demi memastikan kebajikan dan pembangunan untuk semua golongan masyarakat akan terbela," katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my..

Bagaimanapun, Najib mengingatkan mereka yang ingin memberi komen supaya menghormati tata cara penyampaian pandangan mereka serta berdialog dengan berhemah dalam semangat sebenar Satu Malaysia.


"Memandangkan sebahagian daripada anda mungkin terlalu ghairah dengan barisan Kabinet ini, saya menyeru semua agar menghormati tata cara menyampaikan pandangan anda terhadap pandangan orang lain dan berharap kita akan terus berdialog dengan berhemah dan dalam semangat sebenar 1Malaysia," katanya.

Friday, April 10, 2009

Apa Cer Fairus...

PULAU PINANG 10 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke Bahagian Pendakwaan hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata SPRM telah meneliti kertas siasatan berkenaan dan mendapati pada peringkat siasatan ia telah lengkap.

“Pada peringkat siasatan, ia telah lengkap tetapi jika pihak pendakwaan mahu kita menambah siasatan atau sebarang fakta bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, SPRM akan melakukannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ditanya bila pendakwaan berhubung kes itu akan dilakukan, beliau berkata ia bergantung kepada Bahagian Pendakwaan untuk tindakan seterusnya.

“Sabarlah, bagi peluang kepada Bahagian Pendakwaan untuk meneliti kes itu dulu sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan selanjutnya,” katanya.

Mengenai sama ada Mohammad Fairus akan ditahan, Shukri enggan mengulas lanjut dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus. — Bernama
PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan

T. MurugiahKEMENTERIAN KEWANGAN:Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
:Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinTimbalan Menteri:1. Datuk Wira Abu Seman Yusop2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais YatimTimbalan Menteri:1. Datuk Joseph Salang Gandum2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:Menteri: Datuk Peter Chin Fah KuiTimbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:Menteri: Datuk Seri Shafie ApdalTimbalan Menteri:1. Datuk Hassan Malek2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled NordinTimbalan Menteri:1. Datuk Dr. Hou Kok Chung2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:Menteri: Datuk Mustapa MohamedTimbalan Menteri:1. Datuk Mukhriz Mahathir2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:Menteri: Datuk Dr. Maximus OngkiliTimbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:Menteri: Datuk Douglas Uggah EmbasTimbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:Menteri: Datuk Ng Yen YenTimbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:Menteri: Datuk Noh OmarTimbalan Menteri:1. Datuk Johari Baharum2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTimbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:Menteri: Datuk Shaziman Abu MansorTimbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:Menteri: Datuk Liow Tiong LaiTimbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:Menteri: Datuk Ahmad Shabery CheekTimbalan Menteri:1. Datuk Razali Ibrahim2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:Menteri: Datuk Dr S.SubramaniamTimbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:Menteri: Datuk Ismail Sabri YaakobTimbalan Menteri: Datuk Tan Lian HoeK

EMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:Menteri: Datuk Seri Sharizat JalilTimbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun'

KEMENTERIAN LUAR:Menteri: Datuk Anifah AmanTimbalan Menteri:1. A. Kohilan Pillay2. Datuk Lee Chee Leong
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal AbidinTimbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Sunday, April 5, 2009




















interesting????

di load dari parpukari blog...tq sahabat....kita sebar penipuan mereka...

nizar oh nizar

rupanya si nizar ada dua kes rasuah n penyelewengan sedang disiasat...satu kes kuari satu kes pau tokey balak..

hai apa nak jadi dia nie...

moga sprm boleh bagi keputusan yg benar2 relevan...

hemmm dah la tipu pekedai malang yang kedainya ter bakar di felcra changkat lada, kata nak bagi pampasan and bantuan sebab kedai mereka terbakar...si malang ni buat la majlis sikit akhirnya...batang idung pun tak nampak..kesian mereka semua kena tipu dengans i nizar nie..apa la nak jadi...

macam nie nak jadi mb...tau kaut balak, kuari jer....apacer daaaa...sprm sila siasat...dah banyak blogger laporkan di merata blog mereka akan penyelewengan nizar nie hemmm

Wednesday, April 1, 2009

mulanya pepecahan..

Laporan siasatan dakwaan Amizudin belum diterima

PULAU PINANG: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata beliau masih belum menerima laporan siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan anggota parti di negeri ini.

"Siasatan itu sepatutnya siap minggu ini, tapi setakat ini saya belum terima lagi," katanya di sini, hari ini. Katanya, panel yang diketuai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Abdul Halim Hussain, diberi masa tiga minggu bagi menyiasat dakwaan Ketua Pemuda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmat berhubung kes rasuah itu.

Pada 27 Februari lalu, Amizudin dalam sidang akhbarnya mendakwa terdapat anggota PKR Pulau Pinang menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai. Zahrain berkata selepas menerima laporan itu, beliau akan segera mengemukakannya kepada PKR negeri. "Kita akan adakan mesyuarat di peringkat negeri dan seterusnya mengemukakan laporan itu kepada peringkat PKR pusat," katanya.

Zahrain berkata, hasil siasatan itu tidak akan didedahkan kepada umum kerana ia membabitkan hal dalaman parti. "Kita akan lihat dulu hasil laporan itu, jika ada tindakan yang perlu dibuat, kita serahkan kepada PKR pusat untuk menentukannya," katanya.

Anggota panel empat orang itu ditubuhkan pada 16 Mac lalu. Tiga lagi anggota panel itu ialah Timbalan Speaker DUN, Tan Hock Leong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban, S Raveentharan dan Adun Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin. - Bernama