Thursday, March 26, 2009

dah tau dah..

Mohammad Fairus ditahan SPRM

Timbalan Ketua Menteri I beri keterangan dakwaan rasuah babit syarikat kuari GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan syarikat kuari di Seberang Prai.

Beliau yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Exco kerajaan negeri berkuat kuasa 8 April ini, ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru, Johor, jam 11 malam kelmarin.

Kehadiran Mohammad Fairus yang dalam perjalanan ke Singapura di kompleks itu, dikesan Jabatan Imigresen yang menahannya sebelum memaklumkan kepada SPRM. Selepas itu, sepasukan pegawai SPRM membawa Mohammad Fairus, 33, ke pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 2.45 pagi semalam untuk diambil keterangan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengesahkan Mohammad Fairus ditahan di kompleks berkenaan.

"Beliau ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada Berita Harian. Bagaimanapun Mohammad Fairus dibebaskan petang semalam. Sabtu lalu, Mohammad Fairus memohon meletak jawatan melalui sepucuk surat difaks kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Guan Eng menerima peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Penerangan negeri, berkuat kuasa 8 April ini.


Bagaimanapun, beliau mengekalkan statusnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti. Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat bulan lalu, yang mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit dalam penyelewengan membabitkan sebuah kuari di Seberang Prai.

Amizuddin mendakwa dua pemimpin PKR itu bekerjasama dengan syarikat kuari di Seberang Prai dengan melindungi aktiviti haram kuari terbabit.

Berikutan itu, SPRM membuka kertas siasatan dan PKR Pulau Pinang turut menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat kesahihan dakwaan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, berkata sepasukan pegawainya dihantar ke Johor bagi mengambil keterangan Mohammad Fairus bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan.

"Beliau ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes itu dan ketika ini proses berkenaan masih berjalan yang dikendalikan oleh pegawai SPRM Pulau Pinang serta Johor. "Ia prosedur biasa dan beliau akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang jaminan selepas keterangannya selesai diambil," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ditanya sama ada Mohammad Fairus membawa wang dalam jumlah besar ketika ditahan, Latifah enggan mengulas. Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima notis daripada SPRM berhubung individu yang dilarang keluar negara termasuk Mohammad Fairus.

"Apabila pegawai kami mengesan kehadiran beliau di KIK, Jabatan Imigresen segera memaklumkan kepada SPRM," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng enggan mengulas mengenai penahanan timbalannya sehingga SPRM membuat kenyataan rasmi dan sedia bekerjasama berhubung apa-apa kes rasuah di negeri ini.


apa cer guan eng???? takut daaa...

Saturday, March 21, 2009

bagai di sangka..habuk kuari sampai ke sprm

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuka fail siasatan kes penyelewengan berkaitan syarikat kuari di Pulau Pinang, membabitkan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin.

Mengikut sumber, SPRM dalam proses melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.

SPRM juga difahamkan sudah mengambil keterangan Mohamad Fairus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti minggu ini berhubung kes berkenaan.

Wednesday, March 18, 2009

PENGHASUT BERTAULIAH !!!

INI LAH CONTOH MELAYU TAK KENANG BUDI..DULU UMNO SUPPORT FIRMA GUAMAN DIA NOW APA CERITA ????

Agong digesa tidak lantik Najib jadi PM


Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa Yang di-Pertuan Agong supaya membuat pilihan yang betul - jangan lantik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan datang."

Ini adalah masa yang amat sukar. Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang akan menyatupadukan negara ini yang sedang berdepan dengan kesukaran. Berpecah kita lemah."

Saya keberatan untuk menyatakannya tetapi untuk sebab-sebab yang telah saya katakan, saya terpaksa menyebut bahawa Najib pasti akan memecahbelahkan kita dan dalam berbuat demikian, akan menolak kita semakin hampir ke tepian," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.Berucap di majlis makan tengahari Royal Rotary Club di ibu negara hari ini, bekas ketua bahagian Umno itu berkata, terdapat ahli-ahli parlimen parti itu yang berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Sehubungan itu, demi negara, kata Zaid, beliau menggesa Seri Paduka Baginda supaya mengambil kira keperluan dalam pelantikan bagi jawatan tersebut serta kebimbangan rakyat."

Tidak ada obligasi perlembagaan bagi Seri Paduka untuk melantik presiden Umno sebagai perdana menteri," katanya dalam ucapan yang agak keras itu.Najib dijadual mengambil alih jawatan perdana menteri lewat bulan ini apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersara.

Menurut Zaid lagi, tidak pernah dalam sejarah negara ini di mana pemilihan perdana menteri menjadi begitu genting.

"Malaysia", tegasnya, "kini dalam krisis" apabila negara sedang berdepan dengan cabaran-cabaran ekonomi yang besar yang akan memberi kesan sosio-politik yang teruk, yang tidak dapat dielakkan.


DIA LUPA AGAKNYA MASA PILIHANRAYA UMUM KE 12 - DIA ADA KAT OVERSEA..SEBAB FRUST TAK DIPILIH JADI CALON... SIAP MAKI HAMUN PEMIMPIN UMNO LAGI TU SEBAB TAK DIPILIH JADI CALON BN...TUB2 JADI SENATOR TU PUN TAK KENANG JASA PAKLAH..BILA DI PILIH JADI MENTERI PENTING...JANGAN INGAT AKAR UMBI TAK TAU CERITA AWAK...

Tuesday, March 17, 2009

singh is sink???

Karpal hadapi tuduhan menghasut

Mar 17, 09 11:11am

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini berhubung ancamannya untuk menyaman Sultan Perak ekoran krisis politik di negeri tersebut.Karpal didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 6 Februari, dari jam 12 tengahari hingga 12.30 tengahari, di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Ulu di Kuala Lumpur.

Karpal mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat. Beliau dibenarkan ikatjamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan berdepan dengan hukuman penjara maksima tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-keduanya sekali, jika didapati bersalah.

Kesalahan seterusnya boleh dikenakan hukuman penjara maksima lima tahun.

Karpal diwakili 13 peguambela, termasuk dirinya dan empat anaknya.

Pendakwaan dikendalikan oleh DPP Kamaruddin Md Said dan Mohd Hanafiah Zakaria.

Pihak pendakwa juga memohon untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi, dan turut dipersetujui Karpal.

Karpal tiba awal di mahkamah pada kira-kira jam 9.15 pagi bersama anggota keluarganya.

Mahkamah mula bersidang jam 10.24 pagi.Turut hadir memberi sokongan ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga hadir.

Bercakap kepada pemberita sebelum masuk ke kamar mahkamah, Karpal berkata, beliau tidak bimbang menghadapi tuduhan menghasut.

"Saya telah menceburi politik selama 40 tahun dan saya juga pernah dihadap ke mahkamah sebelum ini. Ini adalah sebahagian daripada tugas seorang ahli Parlimen untuk bercakap tanpa rasa takut," katanya.

Menurutnya, apa juga yang telah diperkatakanya berhubung niatnya untuk menyaman Sultan Azlan Shan adalah selars dengan prinsip-prinsip perundangan ...

Apa cer???? ada faham undang-undang kah saje tafsir sendiri ikut permainan dan kepentingan politik kah???? sultan selangor pun sudah tegur...nanti perak sama selangor tak boleh masuk macam mana mau meniaga??? boleh meniaga lagi ka??? masuk kemunting ka???

Monday, March 16, 2009

APA CER ???

Ketua AMK Kepala Batas, Amizudin Ahmat hari ini menyerahkan bukti dan laporan kepada jawatankuasa khas siasatan PKR Pulau Pinang berhubung dakwaannya baru-baru ini mengenai pemimpin parti itu menerima wang dari pengusaha kuari.Ketika dihubungi Malaysiakini berkata, Amizudin baru sahaja selesai disiasat oleh jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Halim Husin dan tiga ahli jawatankuasanya.

Siasatan selama tiga jam itu diadakan di Pejabat Perhubungan PKR Pulau Pinang mulai jam 3 petang di Bandar Sunway, Seberang Jaya.Menurut Amizudin, keputusan siasatan jawatankuasa tersebut akan diketahui dalam masa dua minggu lagi.

Ditanya mengenai dua pemimpin PKR Pulau Pinang itu, beliau enggan mendedahkan nama dan identiti mereka.

"Saya harap tidak ada pihak yang menggangu jawatankuasa siasatan dan tidak ada spekulasi dan andaian sebelum jawatankuasa membuat keputusan," katanya.Katanya, beliau berharap jawatankuasa tersebut dapat membuat penyiasatan dengan seadil-adilnya.

Dilaporkan bahawa exco AMK itu membuat aduan kepada presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail berhubung isu berkenaan tetapi tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan.