Thursday, March 26, 2009

dah tau dah..

Mohammad Fairus ditahan SPRM

Timbalan Ketua Menteri I beri keterangan dakwaan rasuah babit syarikat kuari GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan syarikat kuari di Seberang Prai.

Beliau yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Exco kerajaan negeri berkuat kuasa 8 April ini, ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru, Johor, jam 11 malam kelmarin.

Kehadiran Mohammad Fairus yang dalam perjalanan ke Singapura di kompleks itu, dikesan Jabatan Imigresen yang menahannya sebelum memaklumkan kepada SPRM. Selepas itu, sepasukan pegawai SPRM membawa Mohammad Fairus, 33, ke pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 2.45 pagi semalam untuk diambil keterangan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengesahkan Mohammad Fairus ditahan di kompleks berkenaan.

"Beliau ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada Berita Harian. Bagaimanapun Mohammad Fairus dibebaskan petang semalam. Sabtu lalu, Mohammad Fairus memohon meletak jawatan melalui sepucuk surat difaks kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Guan Eng menerima peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Penerangan negeri, berkuat kuasa 8 April ini.


Bagaimanapun, beliau mengekalkan statusnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti. Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat bulan lalu, yang mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit dalam penyelewengan membabitkan sebuah kuari di Seberang Prai.

Amizuddin mendakwa dua pemimpin PKR itu bekerjasama dengan syarikat kuari di Seberang Prai dengan melindungi aktiviti haram kuari terbabit.

Berikutan itu, SPRM membuka kertas siasatan dan PKR Pulau Pinang turut menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat kesahihan dakwaan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, berkata sepasukan pegawainya dihantar ke Johor bagi mengambil keterangan Mohammad Fairus bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan.

"Beliau ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes itu dan ketika ini proses berkenaan masih berjalan yang dikendalikan oleh pegawai SPRM Pulau Pinang serta Johor. "Ia prosedur biasa dan beliau akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang jaminan selepas keterangannya selesai diambil," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ditanya sama ada Mohammad Fairus membawa wang dalam jumlah besar ketika ditahan, Latifah enggan mengulas. Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima notis daripada SPRM berhubung individu yang dilarang keluar negara termasuk Mohammad Fairus.

"Apabila pegawai kami mengesan kehadiran beliau di KIK, Jabatan Imigresen segera memaklumkan kepada SPRM," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng enggan mengulas mengenai penahanan timbalannya sehingga SPRM membuat kenyataan rasmi dan sedia bekerjasama berhubung apa-apa kes rasuah di negeri ini.


apa cer guan eng???? takut daaa...

3 comments:

  1. jenis ni semua kena sumbat dlm jail la..


    kasi makan nasi ngan garam!!!

    ReplyDelete
  2. dia dah kaya dia tak makan makanan melayu dia makan habuk kuari jer har har har

    ReplyDelete