PULAU PINANG 10 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke Bahagian Pendakwaan hari ini.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata SPRM telah meneliti kertas siasatan berkenaan dan mendapati pada peringkat siasatan ia telah lengkap.
“Pada peringkat siasatan, ia telah lengkap tetapi jika pihak pendakwaan mahu kita menambah siasatan atau sebarang fakta bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, SPRM akan melakukannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ditanya bila pendakwaan berhubung kes itu akan dilakukan, beliau berkata ia bergantung kepada Bahagian Pendakwaan untuk tindakan seterusnya.
“Sabarlah, bagi peluang kepada Bahagian Pendakwaan untuk meneliti kes itu dulu sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan selanjutnya,” katanya.
Mengenai sama ada Mohammad Fairus akan ditahan, Shukri enggan mengulas lanjut dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.
Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus. — Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
strong kes rasa nya banyak development terhadap dia yg menampakkan dia boleh didakwa and lucut jawatan...suka sangat ...bagi bn rampas balik hemmm
ReplyDeleteyes tina..sprm @ macc got strong case..let it be..ha ha ha...
ReplyDeleteaduih..abg fairus oiiii.... keta dah kena ambil balik..nvm nvm..keta baru ada kan.... leh bawa keta tu lari jauh2 dari semua k...
ReplyDeletetesting 1 2 3
ReplyDeletetetiba testing malaysia malaysian nie?...kete bukan aje akan ditarik..maruah dia dan pkr juga...itu la akibatnya nipu rakyat..rakyat suruh buat kerja elok2 dia buat harta utk diri dia..hemmm
ReplyDelete