Saturday, May 2, 2009

Pakatan Rapuh nak tunjuk bijak...

PKR, Pas 'umpan' BN

KUALA LUMPUR 1 Mei - Semuanya adalah gimik politik semata-mata untuk mengumpan supaya Barisan Nasional (BN) meletakkan calonnya bagi bertanding Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sengaja mewujudkan konflik kononnya berlaku pergeseran, seolah-olah memberi peluang kepada BN untuk meraih kemenangan.

Sedangkan, jelas beliau, Penanti merupakan gelanggang pertarungan yang dicipta oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menaikkan momentumnya sebelum menghadapi kes liwat beliau di mahkamah pada Julai ini.

"Sengaja mereka buat begitu (konflik), kalau tidak PKR akan jadi seperti kes syok sendiri atau ingin berlawan tetapi tiada lawan. Calon bebas bukannya lawan sebenar, jadi jika menang sekalipun tidak akan beri momentum kepada mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan PKR bukanlah pilihan popular dalam pilihan raya kecil itu apabila Pas juga berhasrat meletakkan calonnya.

Mohamad berkata, sebenarnya PKR tidak akan berkompromi dalam perkara ini kerana kemenangan DUN Penanti amat penting bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Bagaimanapun, katanya, BN pada masa ini berada dalam dua dilema iaitu:
n Sekiranya bertanding, bermakna terpaksa memasuki gelanggang PKR dan bakal berhadapan dengan reputasi dan persepsi teruk jika ditakdirkan tewas.

n Sekiranya tidak bertanding, BN bakal dicap sebagai pengecut sekali gus membolehkan PKR mendabik dada.

Sehubungan itu, kata Mohamad, BN perlu memikirkan penyelesaian terbaik supaya tidak mudah terperangkap dengan tipu daya PKR tetapi pada masa sama tidak pula dengan sewenang-wenangnya dianggap sebagai pengecut.

"BN kena congak betul-betul dan pastikan corak peperangan terbaik yang akan digunakan kerana pada masa ini PKR dan Pas sedang bersandiwara untuk membuka 'selera' BN supaya turut bertanding," katanya.

4 comments:

  1. bijak kerr kita nak ikut kayuhan mereka yg rapuh ini...

    ReplyDelete
  2. Tak payah lagi 30% penyertaan bumiputra. Nak buat apa lagi. UMNO dah tak dapat sokongan lagi dari orang Melayu.

    Orang Melayu dah tak menghargai lagi apa UMNO dah buat selama ini.

    Sokonglah PKR PAS DAP. Mungkin mereka lebeh terer lagi dapat buat dasar baru untuk tolong orang Melayu.

    Beramai-ramailah orang Melayu sokong PKR/PAS/DAP.


    Best of luck to the Malays. You are great Malay race. Make no mistake about it. You don't need UMNO anymore. Why should UMNO help you anymore. After all you don't appreciate whatever UMNO have done for the Malays for the past 50 years.Now is the right time to move on and support other parties. That's what the Malays want now. Go ahead. JUST DO IT.

    Tak payahlah hendak hentam UMNO habis-habisan lagi. It is sickening !!!.

    Pergilah jauh-jauh dari UMNO. UMNO dah MATI. Melayu jangan berpaut lagi kepada UMNO.Tak ada gunanya UMNO melayan kerenah orang Melayu. Tak ada hasil. Melayu sudah bijak clever dan tidak lagi bodoh stupid. Melayu dah boleh berfikir. Melayu dah tak payah dimanjakan lagi. Ayoh! apa tunggu lagi lebeh baik UMNO terus ditalkinkan. Apa tunggu lagi.

    Go, go, go !!

    ReplyDelete
  3. lu mampus pun, umno ada org mau lagi...kesian konon nak liberal... tapi bila dah liberal hak kau sendiri pun tak tentu lagi..samada kau cina, india atau melayu...

    ReplyDelete
  4. depa ni ingat pkr tu nak sangat bela nasib depa sangat la kot...pkr tu lagi haprak dari bn..pirah mangkuk pkr ni semua hanyut dgn angan2...bulan september jadi november now mei..haram jadi negara anwar yg diangan-angankan tu...kelabu asap da...

    ReplyDelete