Tuesday, May 26, 2009

susulan kak minah punya cerita...

SPRM-AMINAH
SPRM MULAKAN SIASATAN KES SOGOKAN KEPADA CALON BEBAS
PULAU PINANG, 26 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Pulau Pinang sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan sogokan wang tunai dan jawatan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada seorang calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pengarahnya Latifah Md Yatim berkata pihaknya sudah mengambil keterangan berhubung perkara itu daripada calon berkenaan, Aminah Abdullah, semalam, dan menurutnya ia mungkin disambung hari ini.

"SPRM turut mengambil beberapa bahan bukti daripada beliau," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam Aminah, atau lebih dikenali dengan penggilan Kak Min, 56, dalam satu persidangan akhbar mendakwa beliau ditawarkan ganjaran wang tunai RM80,000 serta jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Pulau Pinang oleh PKR.

Beliau mendakwa PKR menawarkan jawatan TKM I jika menang pilihan raya berkenaan pada 31 Mei ini, dan kembali menyertai parti itu.

-- LAGI
SPRM-AMINAH 2 PULAU PINANG
Beliau turut mengemukakan bukti berbentuk rakaman audio cakera padat (CD) berhubung dakwaannya itu.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di sini hari ini Aminah berkata beliau sudah menyerahkan salinan cakera padat rakaman serta beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan dua wakil PKR kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang.

Katanya kini terpulang kepada SPR untuk menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan selanjutnya.

Mengenai keterangannya kepada SPRM, bekas ketua pergerakan wanita PKR itu berkata beliau ke pejabat SPRM cawangan Butterworth semalam selepas dihubungi pegawai suruhanjaya itu untuk memberi keterangan.

"Selepas tersiar berita berhubung sogokan itu, SPRM menghubungi saya beberapa kali dan saya buat keputusan pergi ke pejabat SPRM cawangan Butterworth untuk beri kerjasama dalam siasatan itu. Hari ini, saya akan pergi lagi ke SPRM untuk melengkapkan laporan dan siasatan berhubung perkara itu," katanya.

SPRM-AMINAH 3 (AKHIR) PULAU PINANG
Menurut Aminah selain merekodkan keterangannya semalam, SPRM turut mengambil kelengkapan MP4 yang digunakan beliau untuk merakam perbualan serta telefon bimbit yang digunakan ketika berkomunikasi dengan wakil PKR.

"Dalam MP4 itu ada rakaman perbualan siri kedua dan ketiga antara saya dan pihak berkenaan (PKR) dan ia tidak sama dengan perbualan yang terdapat dalam cakera padat semalam," katanya.

Aminah berkata semua bukti termasuk beberapa keping gambar sudah diserahkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya dan beliau berharap siasatan berhubung perkara itu berjalan dengan lancar serta telus.

No comments:

Post a Comment