Sunday, May 31, 2009

SPR: pengundian berjalan lancar
31/05/2009 1:26pm
BUKIT MERTAJAM 31 Mei — Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sehingga tengah hari ini berjalan lancar, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata terdapat parti dan calon bertanding masih tidak mematuhi peraturan seperti meletakkan logo dan bendera parti pada kenderaan dan memakai pakaian yang mempunyai logo parti.

Walaupun kesal dengan tindakan pihak terbabit, katanya SPR tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu kerana ini merupakan kali pertama SPR melaksanakan peraturan itu.

“Kita tak ambil tindakan lagi. Kita dalam proses mendidik. Kita perlu laksanakan perkara secara perlahan-lahan,” katanya kepada pemberita ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, di sini hari ini.

Mengenai dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa terdapat pengundi yang namanya tidak terdapat dalam daftar pemilih, Abdul Aziz berkata SPR akan menyiasat dakwaan itu.

No comments:

Post a Comment