Thursday, November 26, 2009

lagi keluhan rakyat sepang selangor

projek babi mega di sepang 100 juta sekali diteruskan secara senyap?

hemmm tidak menjadi soal kerana apa yg dilakukan adalah demi kepentingan phak berkuasa ketika ini..siapa pucuk pimpinan pihak berkuasa selangor ketika ini...t s khalid lah..

apa kah dia lupa janjinya pada rakyat yg mahukan projek itu ditangguhkan dan berbincang dgn rakyat sebelum meneruskan projek itu setelah dibantah april hingga jun tahun lalu....

setahun berlaku rakyat ingatkan sudah habislah kisah di kg tumbok, sepang itu.

namun hakikatnya ianya diteruskan paling rasa dikhianati dek kerajaan negeri oleh rakyat ia diteruskan secara senyap.

Thursday, October 1, 2009

menang bergaya tetap berjaya pada tsu koon

Tsu Koon sambut cabaran berdebat dengan Guan Eng
Okt 1, 09 1:17pm
Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menyambut cabaran untuk berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui siaran langsung di televisyen, mengenai sama ada Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah mengelirukan rakyat negeri itu berhubung beberapa isu, termasuk kes tanah Kampung Buah Pala (KBP).
Bagaimanapun, bagi memastikan ianya satu debat yang adil, Dr Koh berkata, dua syarat perlu dipenuhi terlebih dahulu, iaitu Lim mendedahkan semua dokumen yang berkaitan dan menjawab sepenuhnya dan dengan jujur tiga soalan mudah mengenai kes KBP. Tiga persoalan tersebut ialah:
Pertama, adakah pemimpin Pakatan, terutama DAP, berjanji kepada penduduk KBP, sebelum, sewaktu pilihanraya umum 2008, bahawa mereka boleh memiliki dan tinggal di tanah tersebut yang tidak akan dibenar dimajukan, jika DAP dan rakan-rakannya menang.
Kedua, apakah status perundangan sebenarnya tanah tempat KPB terletak? Iaitu sebelum meluluskannya kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, adakah tanah tersebut sebenarnya milik kerajaan negeri atau penduduk?
Ketiga, Lim perlu menjawab mengapa beliau membenarkan pemindahan hak milik tanah KBP, untuk berkuatkuasa pada 27 Mac 2008, hampir tiga minggu selepas menang pilihanraya umum pada 8 Mac dan selepas penduduk KBP menemuinya (Lim) pada 12 Mac 2008.“Hanya jika beliau bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya semua dokumen yang berkaitan, dan dengan jujur menjawab tiga soalan mudah tersebut, barulah bermakna untuk saya menyertai debat tersebut,” kata Dr Koh dalam satu kenyataan hari ini.

Friday, July 24, 2009

NAJIB KOMEN SURUHANJAYA

Fungsi Suruhanjaya Diraja tidak akan diperluaskan

24/07/2009 5:19pm

BANGI 24 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, fungsi Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock tidak akan diperluaskan.
Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya itu akan kekal seperti yang telah beliau umumkan kerana ia selaras dengan peruntukan undang-undang manakala punca kematian Beng Hock akan diketahui menerusi inkues khas.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Teknologi Hijau Negara.

Thursday, July 23, 2009

penyelidikan itu penting..untuk inovasi.

Abdullah sarah tubuh badan R&D rumpai laut11:55am
SEMPORNA 24 Julai — Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan supaya Sabah mewujudkan satu institut kajian dan pembangunan (R&D) khusus untuk penyelidikan rumpai laut....

penerangan utk yg tak paham inkues

WHAT IS INQUEST?By Hantu Lautk
An inquest is a judicial investigation to find out the cause of death especially those that happened under mysterious or suspicious circumstances.In some cases, accidental death can also end up in an inquest to determine the true cause of death.An inquest is usually presided over by a magistrate who acts as a coroner.If foul play was found than a full enquiry and criminal prosecution may follow.

An inquest, not a Royal Commission, is the first judicial step to find out the cause of death. If criminal act was established than the case can proceed with its prosecution. Alternatively, if the government is not satisfied with the finding of the investigation it can than call for a Royal Commission.

Why are people like Lim Kit Siang and Anwar Ibrahim making senseless objections to what they know very well is the first step to establishing the cause of death.Their attempts at politicising the tragedy is most disgraceful and shows their heartless disrespect for the family of the deceased. This is a time of grief where even the choice of words must be chosen with care.

The least said the better it is for the bereaved family.People like Lim and Anwar probably have never lost their loved ones and do not understand the pain, the agony and the heart breaking moment of losing someone you loved dearly. This heart wrenching experience are only known to those who had the misfortune of losing their loved ones.

Having gone through the ordeal twice in the past thirty years, I feel for the immeasurable pain of members of the family and fiancee of the late Yeoh Beng Hock and the nonsense that they have to go through every day played out by Pakatan leaders, politicising and publicising the tragedy, to lessen not the sorrows of the family but to serve Pakatan's political agenda.How cruel and selfish can one gets to gain political mileage at the expense of other people's grief.

The government and the Prime Minister himself has taken personal interest in the case to ensure justice will be served.He has done more than what is necessary to ensure no cover up and the truth be told to the family and the public upon completion of all the necessary investigations.

It is most unfortunate that we do not have responsible opposition in this country.At a time like it they should be fraternizing to help the government to get to the bottom of the tragedy and allow full investigation before making all kind of unfounded allegations and politicising the tragedy to incite the people's emotions.

What is gesture politics?Gesture politics is an action made by a person or organization for political reasons and is intended to attract public attention but has little real effect.

Friday, July 3, 2009

apa lagi dap ni

PENGERUSI D-A-P KEDAH THOMAS SU HARI INI MENDEDAHKAN KERAJAAN KEDAH BUKAN SAHAJA MEROBOHKAN PUSAT PENYEBELIHAN BABI TETAPI AKAN MEROBOHKAN KUIL HINDU DAN CINA DI ALOR SETAR TIDAK LAMA LAGI.

MENURUT THOMAS, KERJA UNTUK MEROBOHKAN KUIL ITU SUDAH PUN DILULUSKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN ALOR SETAR.


KITA JUGA ADA MAKLUMAT DIMANA MALJIS PERBANDARAN ALOR SETAR SUDAH MELULUSKAN UNTUK MEROBOHKAN KUIL HINDU DAN KUIL CINA DI ALOR SETAR SEMUA INI AKAN DILAKUKAN.

MENURUT THOMAS SU SEMUA AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN KETUA KAMPUNG DARI D-A-P SELURUH KEDAH AKAN MELETAKAN JAWATAN SERTA MERTA, SEBAIK SAHAJA JAWATANKUASA PUSAT DAP MELULUSKAN PARTI ITU KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT DIKEDAH.

THOMAS MENYELAR TINDAKAN KERAJAAN NEGERI KEDAH YANG TIDAK MENGHORMATI PERJANJIAN YANG DILAKUKAN DALAM PAKATAN RAKYAT.
SUPER: THOMAS SU/ PENGERUSI DAP KEDAH DAN PERLIS

KEDAH BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK PAKATAN RAKYAT TIDAK LANGSUNG MENGGAMBARKAN ALL MALAYSIA

SUPER: THOMAS SU/ PENGERUSI DAP KEDAH/PERLIS
BILA SAYA JUMPA KERAJAAN KEDAH SAYA KATA INI ISU PEMAKANAN...KALAU ROBOH PUSAT SEBELIH BABI TU MESTI SELESAIKAN....TAK KAN BAWA KHINZIR KE PULAU PINANG SEMBELIH LEPAS ITU AWA BALIK KE SINI TAK LOGIK LA

BERCAKAP DALAM SIDANG MEDIANYA DI IPOH SIANG TADI, THOMAS SU MENUDUH MENTERI BESAR KEDAH BERBOHONG.

THOMAS SU/ PENGERUSI DAP KEDAH
KITA DAH CADANGKAN CARA KAWASAN YANG KETUJUH KG CHEH DI PENDANG LEPAS ITU MB KATA DAH LULUS,...MANA BETUL...AGENSI KERAJAAN BARU SAJA LAWAT DAH KATA LULUS....KENAPA KATA GITU SELEPAS ITU DITIMBULKAN

alhamdulilah..

PENGKEBUMIAN SECARA ISLAM..... ITU KEHENDAK MICHAEL JACKSON.
LAPORAN TERBARU ITU AKHIRNYA MENJAWAB PERSOALAN BAGAIMANA RAJA POP DUNIA ITU AKAN DIKEBUMI.

KELUARGANYA KINI DIKATAKAN SEDANG MENGATUR PERSIAPAN UNTUK BERBUAT DEMIKIAN SUNGGUHPUN BELUM DITETAPKAN SEBARANG TARIKH MAHUPUN LOKASI UNTUK UPACARA ITU.

KEHENDAK MICHAEL ITU TERMUAT DALAM WASIAT YANG BARU DITEMUI KELUARGANYA.

MICHAEL, DALAM WASIT ITU MAHU DIKEBUMIKAN MENGIKUT PEGANGAN AGAMA TERBARUNYA IAITU ISLAM.

LAPORAN SEBUAH LAMAN WEB SELEBRITI ITU MEMETIK SUMBER TERDEKAT DENGAN KELUARGA MICHAEL.

ABANG MICHAEL YANG SUDAH 20 TAHUN MEMELUK ISLAM, JERMAINE DIKATAKAN MEMBIMBING KELUARGANYA DALAM MEMASTIKAN SEGALA PERSIAPAN BERJALAN LANCAR.

MICHAEL DILAPORKAN MEMELUK ISLAM NOVEMBER TAHUN LALU.

MAJLIS RINGKAS BERLANGSUNG DI KEDIAMAN RAKANNYA DI LOS ANGELES DAN NAMA ISLAMNYA, MIKHAAIL.

video tour to jackson's house
SEMENTARA ITU, NEVERLAND RANCH AKAN DIBUKA UNTUK UMUM HARI INI BAGI MEMBOLEHKAN PEMINAT MEMBERI PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT MICHAEL.
PENGKEBUMIAN SECARA ISLAM..... ITU KEHENDAK MICHAEL JACKSON.
LAPORAN TERBARU ITU AKHIRNYA MENJAWAB PERSOALAN BAGAIMANA RAJA POP DUNIA ITU AKAN DIKEBUMI.
KELUARGANYA KINI DIKATAKAN SEDANG MENGATUR PERSIAPAN UNTUK BERBUAT DEMIKIAN SUNGGUHPUN BELUM DITETAPKAN SEBARANG TARIKH MAHUPUN LOKASI UNTUK UPACARA ITU.

Thursday, July 2, 2009

KERETAKAN HUGUNGAN PAS DAN JUGA DI DAP DI KEDAH DIIBARATKAN SEPERTI BANGKAI GAJAH YANG SUDAH TIDAK DAPAT DITUTUP.

BERIKUT KOMEN NAIB PRESIDEN UMNO, DATUK SERI ZAHID HAMIDI BERHUBUNG TINDAKAN DAP KEDAH KELUAR DARI PAKATAN PEMBANGKANG NEGERI ITU.

SUPER:DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI / Naib Presiden UMNO..INI BUKANLAH SEKADAR.....IA MAYBE AKAN BERLAKU DI PENANG DAN SELANGOR.CUKUPLAH PAS DITUNGGANI DAP

BERHUBUNG KERETAKAN HUBUNGAN PAS DENGAN RAKAN SEKUTUNYA DAP--PAS TURUT DISARANKAN BUBAR PAKATAN PEMBANGKANG DAN BERGABUNG DENGAN UMNO BERSAMA-SAMA MEMBANGUNKAN NEGARA INI.

JELAS BELIAU LAGI, UMNO SEDIA BEKERJASAMA DENGAN PAS DALAM AGENDA MEMBANGUNKAN NEGARA TANPA MAKSUD YANG TERSIRAT YANG DIBANGKITKAN OLEH SEKUTU PARTI ITU, DAP DAN JUGA PKR.

DATUK SERI ZAHID HAMIDI BERKATA DEMIKIAN KETIKA DITEMUI SELEPAS PEYAMPAIAN PINGAT JASA MALAYSIA DAN SUMBANGAN BANTUAN JABATAN HAL EHWAL VETARAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA, DI MADRASHAH HAJI BASRI, MANIK URAI LAMA.

MENURUT BELIAU, TIDAK MUSTAHIL TINDAKAN DAP KEDAH ITU DISUSULI PULA DENGAN DAP PULAU PINANG DAN JUGA SELANGOR.

KEMUNCAK KEPADA MASALAH ITU BERPUNCA DARIPADA TINDAKAN KERAJAAN NEGERI MEROBOH PUSAT PENYEMBELIHAN BABI DI KAMPUNG BERJAYA, PETANG SEMALAM.

DENGAN MENGADAI NYAWA -- PEMIMPIN D-A-P KEDAH MENGHALANG JENTOLAK MEMASUKI KAWASAN PUSAT PENYEMBELIHAN BABI TETAPI TINDAKAN ITU GAGAL MERAIH SIMPATI KERAJAAN NEGERI YANG DITERAJUI PAS.

ZULKIFLI NORDIN SALAH SEORANG AHLI PARLIMEN PKR KETIKA DITEMUI MENEGASKAN PERSOALAN INI..

KALAU MASING2 SUDAH MULA BUAT SIKAP MENGUGUT MACAM NI, APA KATA KALAU PKR UGUT NAK KELUAR DI PULAU PINANG, APA KATA KALAU PARTI LAIN NAK UGUT KELUAR DI SELANGOR JADI BUDAYA MACAM NI KITA TAK BOLEH TERIMA JADI DAP PADA SAYA PERLU LEBIH BERFIKIRAN TERBUKA, BERTINDAK LEBIH WARAS DAN BELAJAR UNTUK BERKOMPROMI DALAM ISU-ISU YANG ADA KEPENTINGAN BERSAMA.

KATANYA JIKA D-A-P KEKAL DENGAN SIKAP ANGKUHNYA AKAN ADA PIHAK YANG 'MAKAN HATI' DALAM PAKATAN.

NADA NAIB PRESIDEN P-K-R INI JUGA SARAT DENGAN KEKECEWAAN BERHUBUNG TINDAKAN MEMBABI BUTA D-A-P KEDAH ITU.
AZMIN ALI / Ahli Parlimen Gombak ..KITA HARAP SEBELUM SEBARANG TINDAKAN DI AMBIL, IANYA HARUS DI BAWA DALAM MEJA PERUNDINGAN DAHULU, IA LEBIH SIHAT BEGITU.

ISU INI BANGKIT, MENYUSUL TINDAKAN D-A-P KEDAH YANG MENGISYTIHARKAN KELUAR DARI KERAJAAN PAKATAN PAS-PKR-DAP DI KEDAH SEMALAM.

IA MENYUSUL TINDAKAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR YANG MEROBOHKAN SATU-SATUNYA PUSAT PENTERNAKAN BABI DI KEDAH.

MENURUT M-B-A-S, NOTIS SEBULAN UNTUK MENGOSONGKAN PREMIS TELAH PUN DI KELUARKAN MALAH TAPAK PEMINDAHAN TURUT TELAH DI SEDIAKAN.

Tuesday, June 30, 2009

latest..

1MALAYSIA SINAMBUNGAN ISLAM HADHARI

TIADA PERCANGGAHAN ANTARA KONSEP ISLAM HADHARI DAN SATU MALAYSIA YANG MENJADI DASAR PENTADBIRAN SEKARANG.MALAH---DUA KONSEP ITU SALING MEMPERKUATKAN ASPIRASI KERAJAAN PIMPINAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK.PENJELASAN DI DEWAN RAKYAT ITU SEKALIGUS MENJAWAB DAKWAAN KONSEP ISLAM HADHARI YANG DIPERKENALKAN BEKAS PERDANA MENTERI, TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, DIPINGGIRKAN.MENURUT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATUK JAMIL KHIR BAHAROM, STATISTIK MENUNJUKKAN PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI.

HAMPIR 85 PERATUS DARIPADA DUA RIBU 244 RESPONDEN MENERIMA KONSEP ITU SEBAGAI ASAS KEHIDUPAN BERAGAMA DI MALAYSIA.BEGITU PUN, STATISTIK ITU DIPERTIKAI WAKIL PEMBANGKANG.SOALAN SITI ZAILAH MOHD YUSOFF / Ahli Parlimen Rantau PanjangMELIHATKAN TIDAK ADA KESINAMBUNGAN ANTARA DASAR DULU DENGAN SEKARANG DAN BUKTI KEGAGALAN KITA LIHAT DALAM NEGARA KITA MASIH BERLELUASANYA PERKARA2 YANG MELIBATKAN ORANG ISLAM KEJAHILAN YANG MELIBATKAN UMAT ISLAM.

SOALAN MOHD YUSMADI MOHD YUSOFF / Ahli Parlimen Balik PulauSAYA NAK PENJELASAN MACAMAMANA NAK KAITKAN ISLAM HADHARI DENGAN 1 MALAYSIA NI? SEBAB KATA ADA KAJIAN DAN PENAMBAHBAIKAN.

DATUK JAMIL KHIR BAHAROM / Menteri di JPMKALAU KITA RUJUK SECARA TELUS DAN RUJUK SECARA LENGKAP KEPADA 10 PERKARA POKOK MELALUI PENDEKATAN HADHARI INI DAN DIHUBUNGKAN DENGAN 1 MALAYSIA, DI SANA ADA PERSAMAMAAN YANG BEGITU DEKAT.

SUATU PENDEKATAN KEPADA RAKYAT DAN NEGARA YANG AKHIRNYA MELALUI KEADILAN DAN AMANAH INI MELAHIRKAN 1 MALAYSIA TANPA MENGIRA AGAMA DAN BANGSA MEREKA
1MALAYSIA SINAMBUNGAN ISLAM HADHARI

TIADA PERCANGGAHAN ANTARA KONSEP ISLAM HADHARI DAN SATU MALAYSIA YANG MENJADI DASAR PENTADBIRAN SEKARANG.MALAH---DUA KONSEP ITU SALING MEMPERKUATKAN ASPIRASI KERAJAAN PIMPINAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK.

PENJELASAN DI DEWAN RAKYAT ITU SEKALIGUS MENJAWAB DAKWAAN KONSEP ISLAM HADHARI YANG DIPERKENALKAN BEKAS PERDANA MENTERI, TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI, DIPINGGIRKAN.MENURUT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DATUK JAMIL KHIR BAHAROM, STATISTIK MENUNJUKKAN PENERIMAAN MASYARAKAT TERHADAP KONSEP ISLAM HADHARI.

HAMPIR 85 PERATUS DARIPADA DUA RIBU 244 RESPONDEN MENERIMA KONSEP ITU SEBAGAI ASAS KEHIDUPAN BERAGAMA DI MALAYSIA.BEGITU PUN, STATISTIK ITU DIPERTIKAI WAKIL PEMBANGKANG.

SOALAN SITI ZAILAH MOHD YUSOFF / Ahli Parlimen Rantau PanjangMELIHATKAN TIDAK ADA KESINAMBUNGAN ANTARA DASAR DULU DENGAN SEKARANG DAN BUKTI KEGAGALAN KITA LIHAT DALAM NEGARA KITA MASIH BERLELUASANYA PERKARA2 YANG MELIBATKAN ORANG ISLAM KEJAHILAN YANG MELIBATKAN UMAT ISLAM.

SOALAN MOHD YUSMADI MOHD YUSOFF / Ahli Parlimen Balik PulauSAYA NAK PENJELASAN MACAMAMANA NAK KAITKAN ISLAM HADHARI DENGAN 1 MALAYSIA NI? SEBAB KATA ADA KAJIAN DAN PENAMBAHBAIKAN.

DATUK JAMIL KHIR BAHAROM / Menteri di JPMKALAU KITA RUJUK SECARA TELUS DAN RUJUK SECARA LENGKAP KEPADA 10 PERKARA POKOK MELALUI PENDEKATAN HADHARI INI DAN DIHUBUNGKAN DENGAN 1 MALAYSIA, DI SANA ADA PERSAMAMAAN YANG BEGITU DEKAT.

SUATU PENDEKATAN KEPADA RAKYAT DAN NEGARA YANG AKHIRNYA MELALUI KEADILAN DAN AMANAH INI MELAHIRKAN 1 MALAYSIA TANPA MENGIRA AGAMA DAN BANGSA MEREKA

Thursday, June 25, 2009

dap dah byk duit..guna duit rakyat???

Lim Guan Eng nafi isi borang DAP syarat dapat sagu hati
25/06/2009 2:59pm
PULAU PINANG 25 Jun — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa warga emas di negeri ini diminta mengisi borang pemberian sagu hati tetapi disyaratkan supaya menjadi anggota DAP.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata pihaknya tidak pernah meletakkan syarat seperti itu dan borang berkenaan juga tidak memerlukan warga emas menyatakan keangotaan mana-mana parti bagi mendapatkan sagu hati berkenaan.

Katanya dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berhubung perkara itu dilihat berunsur fitnah ke atas kerajaan negeri.

“Beliau (Azhar) jangan buat tohmahan atau fitnah yang melampau seperti ini kerana borang pendaftaran berkenaan tidak ada kaitan langsung dengan DAP dan ia dikeluarkan dengan lambang kerajaan negeri dan bukan lambang roket (DAP),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lim berkata beliau mahu Azhar membuktikan dakwaannya seperti yang dilaporkan media hari ini mengenai perkara itu atau menarik balik dan memohon maaf jika tidak dapat membuktikannya. - Bernama

Monday, June 22, 2009

dap???

Ibrahim: Pergi jalanlah DAP
Muda Mohd Noor Jun 23, 09 10:43am
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempersoalkan tindakan seorang pemimpin DAP yang mahu pertubuhan itu diharamkan atas alasan perjuangannya menakutkan orang bukan Melayu."Siapa DAP yang mahu Perkasa diharamkan, mereka ingat mereka siapa," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali kepada Malaysiakini melalui satu mesej SMS semalam.

"Perkasa tidak pernah melanggar apa jua undang-undang, tidak seperti pertubuhan-pertubuhan lain."Anggota bebas di Dewan Rakyat itu diminta mengulas kenyataan ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang dibebaskan daripada tahanan ISA baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam, wakil rakyat DAP itu berkata, kerajaan harus mengharamkan pertubuhan itu kerana ia menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Melayu.Sehubungan itu, Manoharan bertanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak - yang mengadakan pertemuan dengan Perkasa, 12 Jun lalu - kini bersetuju bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan hak-hak orang Melayu.

Ibrahim menambah, Perkasa mendukung perlembagaan negara terutama Perkara 153 mengenai hak-hak istimewa orang Melayu."Pergi jalanlah dengan DAP, mereka ini tidak sedar di mana langit dijunjung dan di mana bumi dipijak," kata ahli parlimen Pasir Mas.

Dalam pertemuan tersebut, Ibrahim memberitahu media bahawa perdana menteri memberi jaminan bahawa konsep 1 Malaysia akan tetap memperkasa setiap perkara sama ada tersurat atau tersirat dalam perlembagaanIbrahim juga dilaporkan berkata jaminan oleh perdana menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Konsep itu yang sedang dipromosi Najib juga, kata Ibrahim, tidak bersangkut-paut dengan gagasan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP selama ini.

Wednesday, June 17, 2009

apa kata anda..

Muktamar Menolak Kepimpinan Nik Aziz
Di antara calon-calon daripada Kelantan yang bertanding dalam Muktamar PAS ke 55 baru-baru ini ialah Husam Musa (untuk jawatan Timbalan Presiden), Nik Mohd Amar (untuk jawatan Naib Presiden), Takiyudin, Anuar Tan, Wan Abd Rahim, Abd Halim Abd Rahman (untuk jawatan AJK Pusat).

Keputusannya, semua nama yang disebut tadi telah tewas bagi jawatan-jawatan yang mereka tandingi kecuali Kamarudin Jaafar yang memenangi jawatan AJK Pusat mungkin kerana beliau tidak sangat dilihat mewakili Kelantan kerana beliau adalah mantan Setiausaha Agung PAS yang lebih bersifat nasional.Sebelum Muktamar, Tok Guru Nik Aziz sanggup melanggar janji beliau dengan Tuan Guru Presiden apabila secara terbuka telah menyokong Husam dan berkempen untuk beliau bagi memenangi jawatan Timbalan Presiden. Tok Guru pernah menyebut bahawa beliau yakin orang yang bersama-sama dengan beliau di Kelantan selama 20 tahun akan menang dalam muktamar nanti (hanya Husam yang bersama beliau selama 20 tahun).

Tok Guru juga secara terbuka menyebut bahawa beliau menyokong golongan Erdogan di Malaysia dan kenyataannya itu disiarkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian. Sehinggalah sehari sebelum muktamar, Tok Guru Nik Aziz telah bersetuju menandatangani satu surat pengakuan bahawa beliau akan mengundi Husam keesokan harinya kerana halatuju Husam yang jelas.

Kesemuanya itu secara jelas menunjukkan bahawa Husam adalah calon Tok Guru untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden.

Tetapi, impian Tok Guru Nik Aziz untuk melihat anak didiknya menang tidak kesampaian. Husam tewas. Ya, Husam tewas teruk. Perwakilan sudah tidak menghormati pandangan Tok Guru lagi. Perwakilan sudah tidak begitu mempedulikan apa yang Tok Guru nak cakapkan. Perwakilan menolak saranan Tok Guru tentang kewibawaan anak didiknya itu.

Untuk menjadikan suasana lebih teruk lagi, perwakilan telah menolak kesemua calon-calon daripada kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz. Melihat kepada situasi itu, boleh juga kita simpulkan bahawa perwakilan muktamar menolak kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.Kenapakah begitu sekali penolakan perwakilan muktamar terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Apakah mesej yang mereka cuba sampaikan kepada Tok Guru Nik Aziz?Mungkinkah perwakilan melihat bahawa Tok Guru Nik Aziz sudah tidak relevan lagi dengan halatuju PAS sekarang ini.Mungkinkah perwakilan sudah meluat melihat Tok Guru Nik Aziz selalu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Tuan Guru Presiden.Mungkinkah perwakilan ingin menyedarkan Tok Guru Nik Aziz bahawa beliau hanyalah Mursyidul Am parti yang tidak boleh mengeluarkan arahan sesuka hati kerana beliau bukanlah kuasa eksekutif parti seperti yang dimiliki oleh Tuan Guru Presiden.

Mungkinkah perwakilan sudah bosan melihat Tok Guru Nik Aziz diguna dan diperkudakan oleh Husam dan Anuar Bakri untuk kepentingan politik peribadi mereka.Mungkinkah juga perwakilan lebih suka melihat Tok Guru Nik Aziz berehat daripada dunia politik.Elok juga sekiranya dicadangkan kepada Tok Guru Nik Aziz supaya mengambil cuti yang panjang untuk berehat dan bermuhasabah dan juga memikirkan hikmah disebalik penolakan perwakilan muktamar ke atas kepimpinan beliau.Mungkin sudah sampai masanya Tok Guru Nik Aziz menumpukan masanya untuk menjaga kesihatan jantungnya.

Mungkin juga sudah sampai masa Tok Guru Nik Aziz untuk memberikan lebih masanya kepada keluarga dan anak cucunya.Mungkin juga sudah sampai masanya untuk beliau melepaskan kesemua jawatan dalam parti dan kerajaan untuk memberi laluan kepada mereka yang lebih muda dan berkelayakan.

Fikirlah wahai Tok Guru yang kami sayangi sebelum secubit sisa-sisa hormat yang ada pada perwakilan sekarang ini hilang dan lenyap begitu sahaja. Fikirlah sebelum terlambat...sebelum nasi menjadi bubur.

suara hati org pas..

Ahmad Awang : Ulama E-Class
Dalam Muktamar ke 55 di Shah Alam baru-baru ini, perwakilan daripada Wilayah Persekutuan dalam ucapannya ketika membahaskan ucapan dasar telah menggunakan istilah “Ulama E-Class”. Saya tidak tahu maksud sebenar beliau dan kepada siapa yang beliau tuju.

Kalau beliau bercakap pasal ada ulama yang mempunyai kereta Mercedez E-Class, saya pasti ramai dikalangan ulama kita yang mempunyainya. Mungkin beliau cemburu kerana tiada pekerjaan ataupun tidak mampu memilikinya.

Janganlah pula disalahkan kepada orang yang mampu memilikinya sebab tidak haram memilikinya sekiranya anda mampu dan selagi sumbernya halal. Yang menjadi permasalahan disini ialah ada juga dikalangan ulama kita yang tiba-tiba sahaja mampu memilikinya walaupun dia bangkrap. Mari kita ikuti kisah mantan pesuruhjaya PAS Perak yang agak mengujakan.


Ust Ahmad Awang ketika menjadi Pesuruhjaya Pas Perak dan Naib Presiden PAS, tidak dapat bertanding dalam pilihanraya ke 12 yang lalu kerana beliau adalah seorang yang bankrap atau muflis. Beliau telah berjumpa dengan beberapa tokoh korporat untuk meminta belas ehsan mereka untuk menyelesaikan hutangnya sebelum pilihanraya tetapi tidak ada siapa yang nak tolong beliau pada ketika itu. Maka kempunanlah beliau untuk bertanding dalam PRU12 dan lebih kempunan lagi apabila Pakatan Rakyat dapat memerintah di Perak dan beliau terpaksa bersetuju untuk melantik Setiausaha PAS Perak ketika itu untuk menjadi Menteri Besar Perak.


Peluang memerintah Perak menunjukkan warna sebenar bekas tokoh Persatuan Ulama Malaysia ini. Tidak sampai beberapa bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak ataupun lebih khusus lagi, tidak sampai beberapa bulan Mohd Nizar menjadi Menteri Besar Perak, Ust Ahmad Awang telah bertukar gaya hidupnya. Beliau kelihatan begitu bergaya sekali dengan Mercedez E-Class berserta pemandunya sekali. Hairan juga, bagaimana seorang yang bankrap, tidak ada pekerjaan, bukan ADUN, bukan juga Ahli Parlimen, tetapi dapat memiliki Mercedez E-Class dan dapat menggajikan seorang pemandu. Hebat sungguh cerita Ahmad Awang dengan pemandunya. Hinggakan pemandunya pun tidak tahan dengan karenah Ahmad Awang yang kadang-kadang hari minggu pun kena suruh beli roti canai untuk beliau. Biasala, orang tak pernah ada pemandu. Mungkin dia ingat pemandu tu macam kuli batak dia sahaja.
Walaubagaimanapun, pemandu itu bukanlah isunya. Isunya, bagaimana seorang ustaz bankrap boleh memiliki Mercedez E-Class hanya selepas beberapa bulan PR memerintah Perak.

Jawapannya mudah…tanya la Ahmad Awang sendiri. Ataupun boleh tanya Nizar. Tidak pun boleh juga tanya Husam Musa. Tanyalah Husam bagaimana dia mengajar Nizar dan Ahmad Awang untuk mengaut hasil balak di Perak bagi mengenyangkan kantung mereka sendiri. “Orang berbudi kita berbahasa.”

Maka tidak hairanlah kenapa Ust Ahmad Awang, mantan Pesuruhjaya Perak, mantan Naib Presiden PAS beralih arah memuja dan memuji Husam melangit hinggakan sanggup berburuk sangka terhadap “rakan ulama” beliau yang lain di dalam Majlis Syura. Bahkan beliau sanggup menggadaikan prinsip ukhuwwah Islamiyah yang dituntut oleh Rasulullah di dalam jamaah untuk membenci “3 orang” di dalam pimpinan PAS sekarang ini gara-gara Husam juga membenci mereka. Bahkan beliau juga sanggup melihat konsep kepimpinan ulama Pas tergadai asalkan orang yang berjasa mengenyangkan beliau dapat memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Begitulah murahnya maruah dan harga diri seorang ulama macam Ahmad Awang. Senang dibeli dengan harta benda. Maka selayaknyalah beliau tidak lagi memimpin PAS.


Mungkin juga beliau sudah dapat merasakan yang beliau akan kalah sekiranya beliau bertanding juga jawatan Naib Presiden PAS kerana 2 tahun dahulu pun beliau tidak menang dengan selesa. Untuk menyelamatkan air mukanya, maka lebih eloklah beliau menarik diri awal-awal lagi.
Saya kira, semua perwakilan mengalu-alukan langkah Ahmad Awang untuk mengundurkan diri dari memimpin PAS kerana itulah langkah yang terbaik untuknya. Saya juga berkira-kira bahawa Ahmad Awang pasti akan menutup tirai kepimpinannya di dalam PAS dengan baik dan dengan kata-kata nasihat yang berguna untuk semua perwakilan yang akan dapat dimanfaat untuk kestabilan parti dan untuk dikenang sampai bila-bila. Tetapi, sayangnya harapan tidak menjadi kenyataan. Ahmad Awang memilih untuk membuka ruang fitnah yang lebih besar di dalam jamaah.

Beliau secara terbuka didalam ucapan penangguhan terakhirnya di dalam muktamar telah menuduh ada seseorang daripada pimpinan pusat “mengarahnya” supaya PAS Perak dapat bekerjasama dengan UMNO di Perak selepas pilihanraya ke-12 yang lepas. Benarkah tuduhan tersebut? Siapakah pimpinan tersebut? Berasaskah tuduhan tersebut? Bolehkah “seorang pimpinan” memberi arahan? Takkanlah beliau tidak tahu bahawa “seseorang pimpinan” tidak boleh mengeluarkan arahan sedemikian melainkan setelah disyurakan atau diluluskan didalam mesyuarat. Mungkin juga kalau adapun bukannya “arahan” tetapi lebih kepada “nasihat” untuk memberi beberapa pilihan ijtihad politik kepada PAS Perak.


Apakah motif beliau dengan ucapan sedemikian yang seolah-olah memberi bola tanggung kepada musuh-musuh Islam untuk memecahbelahkan PAS.

Pokoknya, beliau telah melontarkan bom jangka ke dalam PAS. Dan membiarkan ahli Pas dan juga media meneka-neka dan menuduh-nuduh siapakah gerangan pimpinan yang dimaksudkan oleh Ahmad Awang tersebut. Maka terjebaklah ahli Pas ke dalam lubuk fitnah yang direka oleh beliau. Dan sudah pastinya beliau akan dikenang sampai bila-bila sebagai pengadu domba dan pencetus kepada ruang fitnah yang boleh mengakibatkan PAS berpecah. Maka bergembiralah musuh-musuh Islam melihat PAS berpecah gara-gara perbuatan seorang “Ulama E-Class”.

Monday, June 15, 2009

DIPULAU PINANG IMEJ DAP MULA TERCALAR

IA BERIKUTAN TINDAKAN SEORANG PEMIMPIN BAHAGIAN PARTI BERKENAAN -- TAMPIL MEMBUAT LAPORAN SERTA MENGEMUKAKAN BUKTI MENGENAI EMPAT PENYELEWENGAN SEORANG ADUN D-A-P DI NEGERI TERBABIT.


LAPORAN DI BUAT OLEH KETUA BAHAGIAN D-A-P NIBONG TEBAL TEH HOCK YONG DI PEJABAT S-P-R-M PULAU PINANG SIANG TADI.

ANTARA KANDUNGAN LAPORAN IALAH DAKWAAN PENYELEWENGAN SERTA PENYALAHGUNAAN LOGO KERAJAAN PULAU PINANG UNTUK MENGUTIP DERMA OLEH SEORANG ADUN D-A-P DI NEGERI INI.

MENGUKUHKAN DAKWAAN ITU -- PEMIMPIN D-A-P NIBONG TEBAL INI MENYERAHKAN BEBERAPA BUKTI DAN DOKUMEN MENGENAI PENYELEWENGAN ITU.
SELAIN LAPORAN ITU-- BELIAU SEDIA BERSEMUKA DENGAN PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB RAZAK UNTUK MENYERAHKAN BUKTI PENYELEWENGAN ADUN TERBABIT UNTUK TINDAKAN LANJUT.
KATA TEH HOCK YONG / KETUA BAHAGIAN DAP NIBONG TEBAL

walaupun kita dah lapor pun kemungkinan tak tau la keputusan tak ada keputusan lagi jadi kita bagi tau kpd pm seb yb pm kita ni nak rakyat cakap benar jadi saya pun sungguh pun ahli dap saya seorang penggundi juga seorang rakyat malaysia jadio saya perlu mengemukan kpd yb pm

TINDAKAN ITU DIBUAT SELEPAS KESAL DENGAN KEGAGALAN D-A-P MENGAMBIL TINDAKAN SUSULAN ADUAN PENYELEWENGAN MEMBABITKAN SEORANG ADUN DI PULAU PINANG DI BUAT KEPADA PARTI BERKENAAN.

BAGI TEH TINDAKAN BERDIAM DIRI KERAJAAN PULAU PINANG TERHADAP ADUAN ITU SEKALI-GUS MEMBUKTIKAN KONSEP KEUPAYAAN,KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI C-A-T DALAM PENTADBIRAN KETUA MENTERI LIM GUAN ENG HANYA SEKADAR LAUNGAN.

SEBALIKNYA IA TIDAK DIAMALKAN SECARA MENYELURUH.

KATA TAN HOCK YONG / KETUA BAHAGIAN DAP NIBONG TEBAL
saya lapor bpr ni bukan masalah diri atau parti atau pakatan rakyat tapi saya nak menegakan hak rakyat hak kepentingan awam pasai ini duit rakyat saya paksa ambil tindakan

UNTUK REKOD -- ADUN JAWI JUGA TERLETAK DALAM BAHAGIAN NIBONG TEBAL -- TAN BENG HUAT MENYERAH SURAT PERLETAKAN JAWATAN TANPA TARIKH 12 JUN LALU.

Sunday, June 14, 2009

bangang punya pemimpin..bikin kecoh

BARU BEBERAPA MINIT SELESAI MENGANGKAT SUMPAH MEMEGANG JAWATAN, AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG, DATUK SERI NIZAR JAMALUDDIN, TERUS MENUNJUKKAN SIKAP MENENTANG KERAJAAN.

SAMBIL MEMAKAI KOPIAH BERTULISAN "BUBAR DEWAN", BELIAU TURUT BERTERIAK "HIDUP RAKYAT, BUBAR DEWAN".

SIKAP INI JELAS TIDAK DISENANGI YANG DI-PERTUA DEWAN, TAN SRI PANDIKAR AMIN MULIA KERANA IA TERUS MENJADI IKUTAN DAN MENIMBULKAN KEKECOHAN SELAMA 20 MINIT.

DATUK SERI NIZAR MENANGGALKAN KOPIAH-NYA SETELAH DIARAH BERBUAT DEMIKIAN.

TETAPI DATUK NGEH KOO HAM, DARI BERUAS DAN NGA KOR MING DARI TAIPING ENGGAN TETAP BERKERAS.

MEREKA KEMUDIAN DIPERINTAH KELUAR DEWAN, TERMASUK DATUK SERI NIZAR KERANA MENCETUSKAN INSIDEN INI.

SUSULAN KEKECOHAN ITU, TURUT DIARAH KELUAR DATUK MAHFUZ OMAR, PAS POKOK SENA, N. GOBALA-KRISHNAN, P-K-R PADANG SERAI DAN DR DZULKEFLY AHMAD, PAS KUALA SELANGOR.

MEREKA DIGANTUNG DARI MENGHADIRI PERSIDANGAN SELAMA DUA HARI.

Thursday, June 11, 2009

baru kena siasat sprm je dah letak jawatan

ADUN Jawi serah surat peletakan jawatan kepada parti
11/06/2009 5:06pm
PULAU PINANG 11 Jun — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada setiausaha agung parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.

Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Lim mengarahkan surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri itu mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).

“Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.

Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.

Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan tersebut dan berkata beliau berharap parti itu akan menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya.

Monday, June 8, 2009

retak menunggu belah..

Pakatan hadapi 'krisis keyakinan'
Jun 9, 09 11:03am
Sejak dibentuk Mac tahun lalu, Pakatan Rakyat kini menghadapi "krisis keyakinan" susulan tindakan PAS menggerakkan kerajaan perpaduan dan menggesa sebuah NGO wanita diharamkan.\
Tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun tema muktamar PAS hujung minggu lalu boleh membawa maksud mengukuhkannya sebagai parti nasional yang mewakili kepentingan dan hak semua warga, tetapi kerajaan perpaduan dan gesaan menyiasat Sisters in Islam (SIS) membawa "kesan sebaliknya".
DAP dan PKR menafikan dakwaan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat pernah membincangkan dan bersetuju dengan saranan berunding untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan BN.
Dua parti itu juga menggesa PAS menilai semula usul yang diluluskan tanpa bahasa yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan seterusnya mengharamkan SIS jika terbukti menyeleweng daripada akidah Islam.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pemimpin PAS menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan dan parti itu sendiri agar tidak mengeluarkan kenyataan lagi tentang isu tersebut yang boleh mengelirukan lagi penyokong pembangkang.
Pengarah Pilihanraya Pusat PAS Datuk Mustafa Ali berkata perbincangan isu kerajaan perpaduan "tidak relevan" kerana tugas pembangkang untuk melawan Umno dalam pilihanraya umum dan kecil, termasuk di DUN Manek Urai.

Sunday, June 7, 2009

pas + umno

Muktamar Pas labuh tirai dengan tekad keterbukaan Islam
07/06/2009 7:30pm
SHAH ALAM 7 Jun — Muktamar Tahunan PAS Ke-55 melabuhkan tirainya hari ini dengan pucuk pimpinan parti itu bertekad membuka pintu toleransinya kepada mana-mana pihak dalam menegakkan syiar Islam.

Ini merujuk kepada perbincangan PAS dengan Umno dan kemungkinan penubuhan kerajaan perpaduan yang mendapat tentangan terbuka beberapa perwakilan dan pemimpin daripada ketiga-tiga sayap parti.

Mereka khuatir jika kepimpinan parti tersasar daripada landasan parti dan bimbang sekiranya parti mengulangi kesilapan lalu iaitu ketika parti itu menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1974 sebelum keluar daripadanya empat tahun kemudian.

Keterbukaan itu juga dikhuatiri menjejaskan hubungan PAS dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun sepertimana ditegaskan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, adalah berdosa sekiranya seseorang itu tidak mematuhi pemimpin selagi pemimpin itu tidak melanggar syarak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungan menegaskan perjuangan menegakkan syiar Islam yang menjadi landasan perjuangan parti perlu merentasi sempadan politik sekalipun dengan musuh.

Saturday, June 6, 2009

LAGI MENARIKSSS

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali akan mengumumkan pendiriannya sama ada untuk menyertai mana-mana parti politik atau kekal bebas tidak lama lagi.

Ia selaras dengan resolusi Konvensyen Pembangunan Parlimen Pasir Mas 2009 dan Penegasan Perjuangan Bangsa yang sebulat suara berdiri teguh bersama Ibrahim yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu atas apa jua pendirian politik beliau asalkan untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

to me...dia tau cara berfikir utk kepentingan melayu islam...moga pendiriannya teguh...

menarikss...

http://muktamarpas.blogspot.com/2009/06/kenapa-husam-tidak-layak-untuk-jawatan_5359.html

Sunday, May 31, 2009

hanya 46 peratus keluar mengundi...penduduk penanti bosannnn

Mana dia org penanti nie....??? mereka malas nak kena tipu lagi dgn PKR..itu lah apa lagi...politik jer...org malas nak layan dah...
SPR: pengundian berjalan lancar
31/05/2009 1:26pm
BUKIT MERTAJAM 31 Mei — Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti sehingga tengah hari ini berjalan lancar, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata terdapat parti dan calon bertanding masih tidak mematuhi peraturan seperti meletakkan logo dan bendera parti pada kenderaan dan memakai pakaian yang mempunyai logo parti.

Walaupun kesal dengan tindakan pihak terbabit, katanya SPR tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu kerana ini merupakan kali pertama SPR melaksanakan peraturan itu.

“Kita tak ambil tindakan lagi. Kita dalam proses mendidik. Kita perlu laksanakan perkara secara perlahan-lahan,” katanya kepada pemberita ketika melawat pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, di sini hari ini.

Mengenai dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa terdapat pengundi yang namanya tidak terdapat dalam daftar pemilih, Abdul Aziz berkata SPR akan menyiasat dakwaan itu.

Tuesday, May 26, 2009

susulan kak minah punya cerita...

SPRM-AMINAH
SPRM MULAKAN SIASATAN KES SOGOKAN KEPADA CALON BEBAS
PULAU PINANG, 26 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Pulau Pinang sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan sogokan wang tunai dan jawatan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada seorang calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Pengarahnya Latifah Md Yatim berkata pihaknya sudah mengambil keterangan berhubung perkara itu daripada calon berkenaan, Aminah Abdullah, semalam, dan menurutnya ia mungkin disambung hari ini.

"SPRM turut mengambil beberapa bahan bukti daripada beliau," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Semalam Aminah, atau lebih dikenali dengan penggilan Kak Min, 56, dalam satu persidangan akhbar mendakwa beliau ditawarkan ganjaran wang tunai RM80,000 serta jawatan Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Pulau Pinang oleh PKR.

Beliau mendakwa PKR menawarkan jawatan TKM I jika menang pilihan raya berkenaan pada 31 Mei ini, dan kembali menyertai parti itu.

-- LAGI
SPRM-AMINAH 2 PULAU PINANG
Beliau turut mengemukakan bukti berbentuk rakaman audio cakera padat (CD) berhubung dakwaannya itu.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di sini hari ini Aminah berkata beliau sudah menyerahkan salinan cakera padat rakaman serta beberapa keping gambar pertemuan beliau dengan dua wakil PKR kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang.

Katanya kini terpulang kepada SPR untuk menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan selanjutnya.

Mengenai keterangannya kepada SPRM, bekas ketua pergerakan wanita PKR itu berkata beliau ke pejabat SPRM cawangan Butterworth semalam selepas dihubungi pegawai suruhanjaya itu untuk memberi keterangan.

"Selepas tersiar berita berhubung sogokan itu, SPRM menghubungi saya beberapa kali dan saya buat keputusan pergi ke pejabat SPRM cawangan Butterworth untuk beri kerjasama dalam siasatan itu. Hari ini, saya akan pergi lagi ke SPRM untuk melengkapkan laporan dan siasatan berhubung perkara itu," katanya.

SPRM-AMINAH 3 (AKHIR) PULAU PINANG
Menurut Aminah selain merekodkan keterangannya semalam, SPRM turut mengambil kelengkapan MP4 yang digunakan beliau untuk merakam perbualan serta telefon bimbit yang digunakan ketika berkomunikasi dengan wakil PKR.

"Dalam MP4 itu ada rakaman perbualan siri kedua dan ketiga antara saya dan pihak berkenaan (PKR) dan ia tidak sama dengan perbualan yang terdapat dalam cakera padat semalam," katanya.

Aminah berkata semua bukti termasuk beberapa keping gambar sudah diserahkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya dan beliau berharap siasatan berhubung perkara itu berjalan dengan lancar serta telus.

org benar selalu buat bagai dikata

CALON BEBAS PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI PENANTI, AMINAH ABDULLAH, MENYERAHKAN CAKERA PADAT RAKAMAN DAN GAMBAR PERTEMUAN BELIAU DENGAN DUA WAKIL PARTI KEADILAN RAKYAT, PKR, KEPADA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, SPR, PULAU PINANG.


SEMALAM BELIAU MENDAKWA DITAWARKAN SOGOKAN WANG TUNAI DAN JAWATAN OLEH PKR SUPAYA MENARIK DIRI DARIPADA BERTANDING ATAU MENYERTAI PARTI ITU JIKA MENANG.

BEKAS KETUA WANITA PKR PULAU PINANG ITU JUGA AKAN MEMBERI KETERANGAN KEPADA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, SPRM, HARI INI.



baru betul bagai di kata...semalam cakap hari ni buat..atau bila sampai masa dijanji benar2 berlaku...

Monday, May 25, 2009

mangkuk-mangkuk bodoh tak nak nasi...

IPOH: Polis menahan lima pekerja syarikat yang menyiapkan sistem siar raya di belakang Wisma DAP, kira-kira 30 meter dari Wisma Perak Darul Ridzuan bagi persiapan mogok lapar pemimpin Pakatan Rakyat, jam 10 pagi ini.

Pekerja terbabit ditahan kira-kira jam 9.15 pagi.

Polis turut merampas belon besar yang sepatutnya digunakan dalam majlis perasmian mogok lapar itu yang diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.


takde kerja..buat kerja bodoh utk kucar kacir kan negeri and negara...bangsat sangat org yg nak hancurkan malaysia..perangai macam nie kita nak jadikan contoh and ikut pemimpin depa...pirah mangkuk...

Sunday, May 24, 2009

apa cerita daaaa???

FUH TAWARAN..JENIS TAK HINGAT...JANJI PKR MENANG HA HA HA...

Aminah serah cakera padat perbualan berhubung jawatan TKM 1 kepada SPR
25/05/2009 11:25am
BUKIT MERTAJAM 25 Mei – Calon bebas, Aminah Abdullah akan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Komtar esok untuk menyerahkan cakera padat perbualannya dengan dua wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai tiga tawaran yang dikemukakan kepadanya.
Tawaran itu ialah jawatan Timbalan Ketua Menteri 1, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan wang RM80 ribu sebagai gantirugi kepada beliau untuk menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.
Aminah berkata, bukti yang dikemukakannya itu diharap dapat diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut. - Utusan

Monday, May 18, 2009

‘Umno must counter Opposition lies with facts’
SHAH ALAM: Umno must counter the lies spread about the party by the Opposition with sound arguments based on facts, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

The Opposition's "spinning", he added, had made it look as though Umno was on the wrong path and too defensive.Najib, who is also party president, was speaking at a press conference after chairing the Selangor Umno liaison committee's first meeting since he took over as chairman.

He said the role of state Umno leaders and the methods used to serve the people would be re-examined to increase the party's efficacy."The needs of the people will be given top priority, with an increase of community-based programmes at all levels."

I believe this can increase the people's confidence in Umno and Barisan Nasional." said Najib.He reiterated that priority must be given to strengthening ties with the people.He said guidelines had been given to the state leaders on what had to be done.

Najib also announced that Datuk Mohd Satim Diman, Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor and Abdul Shukor Idrus have been appointed as the committee's secretary, treasurer and information chief respectively.Former mentri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo has been appointed the committee's think-tank chief.Meanwhile, Dr Mohd Khir said Umno was looking for a formula that would be accepted by all races.

"We must remember that in Malaysia, we must take care of all the races. If we fail to do so, Barisan Nasional may be rejected one day," he said, adding that think-tanks would also be set-up among the Chinese and Indian community representatives.

nik ziz kata ada? hadi kata takdak? mana satu nie?

PAS menafikan wujud amalan politik wang dalam parti itu selepas jawatankuasa hariannya mendengar penjelasan ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud dalam mesyuarat pagi ini."

Sebarang usaha untuk menembuskan bantera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal.
Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang," kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat dewan harian juga mengambil laporan daripada ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh, pengarah pilihanraya parti Datuk Mustafa Ali dan beberapa pemimpin kanan."

Setelah kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS," kata Abdul Hadi lagi dalam satu kenyataan.

Dalam satu sidang media mengumumkan calon-calon yang layak bertanding bagi tiga sayap utama PAS, Mustafa berkata, beliau tidak menerima laporan mengenai politik wang dalam pemilihan parti itu."

Tidak ada orang yang bercakap dan tiada juga yang datang mengadu mengenai politik wang," katanya sebagai pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS di Kuala Lumpur hari ini."

Kalau orang nak mengadu, mesti ada bukti. Kalau tiada, saya tidak layan."

Mustafa ditanya mengenai dakwaan rasuah menjelang pemilihan parti itu bulan depan seperti laporan awal yang memetik Mohamed sebagai berkata ada pihak memberi baju T dan mengadakan jamuan makan menjelang mesyuarat agung.

Bagaimanapun, ketika hubungi Malaysiakini minggu lalu, Mohamed berkata beliau tidak mempunyai bukti sahih wujud amalan tersebut tetapi hanya difahamkan berlakunya dua amalan tersebut."

Kalau ada berlaku, minta dihentikan. Kalau tak ada, alhamdulillah," nasihatnya.

Ditanya sama ada beliau menyelidiki perkara tersebut, Mohamed berkata: "Tidak."

yesss...jangan layan helah mereka...

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebentar tadi putuskan BN tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.

Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini, petang ini.

Beliau berkata, sebab tidak bertanding kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini.

Friday, May 15, 2009

pas ulama vs pas erdogan

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, adalah sesuatu yang malang sekiranya berlaku amalan rasuah di kalangan perwakilan Pas menjelang pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah bagaimanapun yakin perkara itu tidak berlaku di dalam parti tersebut dan mahu dakwaan terbabit dibuktikan jika benar ada individu memberikan rasuah kepada perwakilan untuk mendapatkan sokongan.


apacer rasa lah tak kan tak bleh sedekah kan kan kan kan....????

Thursday, May 14, 2009

siapa dibelakang mereka???


tq dear fren yg den cilok potonya dari blognya..we have same idea...remove them from pas...

APA CER ??? pas pun politik wang??? setan ada dimana2

Rebutan dalam Pas ketara
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCANrodelio.taucan@utusan.com.my
MACHANG 13 Mei - Perebutan kuasa dalam Pas semakin ketara sehingga ada individu sanggup memberikan 'hadiah' kepada perwakilan untuk mendapat sokongan.

Perkara ini diakui oleh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang menganggap situasi tidak sihat itu mula menular di kalangan pemimpin Pas yang inginkan kuasa.

Justeru, beliau meminta para perwakilan yang bakal hadir pada Muktamar Agung Pas nanti menolak pemimpin yang mengamalkan sikap seperti itu.

"Situasi kurang sihat ini sedang berlaku kerana banyak perebutan jawatan dalam parti yang sebelum ini tidak terjadi sama sekali.

"Perebutan jawatan ini memang biasa tetapi ada yang sampai buat jamuan dan bagi baju kepada perwakilan untuk melobi. Kalau macam tu menanglah dia," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan di sini hari ini.

Perebutan jawatan dalam parti itu pada Muktamar Agung Pas kali ini dilihat sengit apabila semua jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden terbuka untuk ditandingi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah menyatakan keterbukaannya jika ada sesiapa ingin mencabar beliau untuk merebut jawatan yang disandangnya itu.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu telah menyatakan pendirian untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu manakala penyandang jawatan yang sama Datuk Husam Musa pula membayangkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang 'hubungan sulit' Pas-UMNO.

Selain perebutan jawatan, Pas turut masih mencari kata putus sama ada parti itu perlu kekal diterajui oleh golongan ulama atau pun turut dibuka kepada golongan profesional.

Walaupun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong supaya parti itu kekal dipimpin oleh golongan ulama namun terdapat pelbagai pihak yang menentang.

Dalam pada itu Mohamed Daud berkata, tindakan individu-individu yang hanya mahukan kuasa ini perlu dihentikan segera sebelum menjadi lebih teruk.

"Memanglah dah bagi baju, dah kenyang tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera.

"Sebab itu semua perwakilan perlu melantik pemimpin berdasarkan pilihan yang rasional," tambahnya.

PM NAJIB - Jangan terperangkap !!!



BN perlu bijak dari PR kerana BN sudah lama makan garam dlm dunia politik. Saranan kepada PM bahawa jangan lupa...motion di mahkamah tinggi hari tu bukan pengakhirnya BN di Perak. malah ada dua peringkat lagi, mahkamah rayuan dan persekutuan...dan Nizar yg buat permohonan bukan BN, so perangi cara undang-undang. Tak payah layan motion dan desakan PR dan termakan permainan mereka. Perlu diingat jika BN masuk perangkap buat fresh Election di Perak kalah atau menang, BN sudah mula terheret dengan permainan PR. Malah banyak game lagi kita ketahui telah diatur PR so let them play it why must us play their stupid game too..kalu kita tak layan depa..depa ni semua mampus gak satu hari...

Sunday, May 10, 2009

tersungkurnya seorang speaker haprak

ni la standart speaker bila degil tak reti bahasa...

Saturday, May 9, 2009

Bodoh punya cerita..pandai buat kacau saja..

Kecoh DUN Perak, sikap kemaruk kuasa
KUALA LUMPUR 8 Mei - Pemimpin UMNO di pelbagai peringkat mengecam keras kelakuan anggota pembangkang pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam yang bukan sahaja mengaibkan tetapi turut menghina institusi diraja.

Menurut mereka, apa yang berlaku semalam itu ternyata didorong oleh sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang yang 'gila kuasa' apabila tidak boleh menerima realiti bahawa mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota dewan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noh Omar berkata, jika parti pembangkang terutama DAP dapat menerima hakikat yang mereka telah hilang majoriti maka pastinya ADUN pembangkang tidak berkelakuan kurang ajar seperti semalam.

Katanya, sebab itu tiada istilah yang paling tepat untuk menyimpulkan apa yang berlaku di DUN Perak semalam melainkan kemaruk kuasa sehingga sanggup berbuat apa sahaja walaupun ia memalukan.

''Saya tengok pembangkang dah macam Raja Bersiung yang sekali makan darah dia nak makan darah lagi. Macam pembangkang jugalah, tak pernah berkuasa, bila sekali dapat berkuasa dia ingat selamanya dapat berkuasa.

''Dan peliknya juga, masa dapat kuasa, junjung prinsip demokrasi tapi bila hilang kuasa tak pegang demokrasi. Barisan Nasional (BN) ada 31 kerusi, pembangkang 28, budak sekolah pun tahu siapa yang dapat majoriti sekarang,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Persidangan DUN Perak semalam berlangsung dalam keadaan kecoh gara-gara tindak-tanduk pembangkang yang tidak mematuhi peraturan hingga menyebabkan perasmiannya oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah tertangguh selama lima jam.

Sementara itu, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, tindakan ADUN pembangkang mencetuskan kekecohan adalah satu penghinaan kepada DUN dan juga rakyat Perak keseluruhannya.

Katanya, sedangkan sebagai ADUN, mereka diberi penghormatan oleh pengundi dan sepatutnya menjalankan tugas ikut tertib serta peraturan dan bukannya bertindak mengikut emosi seperti mana yang tunjukkan semalam.

Menurut beliau, apatah lagi kesemua ADUN itu memakai pakaian rasmi semalam yang sendirinya mencerminkan ketertiban dan kemuliaan seseorang penggubal undang-undang.

''Sepatutnya sidang boleh berjalan lancar.

Suka tak suka itu cerita lain, emosi bukan penentu tetapi peraturan dan fakta yang perlu diikuti kerana dalam peraturan itu ada ruang.

''ADUN pembangkang semalam telah mencemar profesionalisme mereka.

Dulu mereka lupa yang pembangkang dapat tubuh kerajaan kerana ada majoriti tetapi bila dah tak ada lagi majoriti, kenapa tak dapat berkelakuan sewajarnya,'' jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee menegaskan, kebiadapan pembangkang kepada institusi kesultanan Perak sudah berada pada tahap melampau dan tidak boleh dimaafkan.

Katanya, adalah sesuatu yang amat dikesali apabila Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa menunggu hampir lima jam untuk merasmikan persidangan tersebut gara-gara sikap gila kuasa parti pembangkang.

''Kekecohan ini amat memalukan. Belum ada lagi dalam sejarah pemangku raja atau sultan diperbudak-budakkan oleh pemimpin politik,'' katanya.

Syed Ali pada masa sama mengingatkan pemimpin DAP supaya jangan mempertahankan sikap ego, kurang ajar dan sombong mereka untuk memecahbelahkan kedaulatan undang-undang.

Katanya, jika mereka berhasrat meneruskan niat untuk berbuat demikian pemimpin DAP diingatkan supaya lakukan perlakuan buruk itu di negara asal mereka, seperti di India dan China.

''Dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, kerajaan adakalanya tidak selalu betul setiap masa, tetapi kerajaan mesti sentiasa berani pada setiap masa,'' tegasnya.

Saturday, May 2, 2009

ISA detainee Manoharan mulls resignation
May 2, 09 5:00pm
Hindraf legal advisor M Manoharan, who is under ISA detention, has today confirmed that he is considering quitting his Selangor state seat of Kota Alam Shah.


kenyataan tu dipetik dari malaysia kini tapi aku tak heran lah apa cer dia nak kata nie..gua dah dengar lama dah...dok dengar 10 lagi adun tengah timbang tara nak kuar pakatan di selangor...malas nak subahat dgn depa-depa tu..tak tau la sape depa depa tu..


sesuka hati depa nie yek kelakar letak jawatan ... ingin teror sangat nak jadi wakil rakyat...dah terduduk...


apa cer...

ini macam pun ada ker??

Zamil tuntut hutang dari Arumugam

Bekas ketua PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas exco negeri itu, V Arumugam jika gagal membayar balik hutang kepadanya sewaktu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum 2008.

Zamil yang mengaku menjadi pengurus kempen Arumugam dalam pilihanraya tersebut, mendakwa Arumugam berhutang kepadanya untuk membayar wang deposit sebagai calon.

Katanya, beliau memberi wang tersebut kepada Arumugam sehari sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum lalu."Jika Arumugam gagal membayar balik wang tersebut, saya akan membuat laporan polis terhadap bekas ADUN PKR Bukit Selambau itu.

"Saya menuntut hutang tersebut kepadanya semalam semasa bertemu di pejabat PKR bahagian Merbok. "Arumugam kata, tolong beri dia masa.

Arumugam kata dia letih dan dia tak akan pergi ke mana-mana."Dia tahu jumlahnya, tidak perlu saya beritahu. Beliau tahu itu wang saya," kata Zamil kepada Malaysiakini.'

Beri sedikit masa'Zamil berkata, wang tersebut digunakan oleh Arumugam untuk membayar deposit untuk bertanding DUN Bukit Selambau.

Selepas menang pilihanraya umum itu, Arumugam PKR dan kemudiannya dilantik sebagai exco kerajaan negeri Kedah.

Bagaimanapun, beliau meletakkan jawatan exco dan ADUN Bukit Selambau dengan alasan keselamatannya terancam.

Sementara itu, Arumugam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau akan menjelaskan wang tersebut sedikit masa lagi."Saya bukan tidak mahu bayar tetapi beri sedikit masa, biar saya selesaikan kerja saya dulu.

"Jangan gertak saya, cakaplah elok-elok dan secara profesional kerana kita kawan-kawan.

"Saya tahu siapa yang beri wang dan saya sendiri sudah hubungi orang itu pagi tadi," katanya.

Arumugam bagaimanapun tidak mahu menyatakan sama ada orang yang dimaksudkannya itu adalah Zamil.

Pakatan Rapuh nak tunjuk bijak...

PKR, Pas 'umpan' BN

KUALA LUMPUR 1 Mei - Semuanya adalah gimik politik semata-mata untuk mengumpan supaya Barisan Nasional (BN) meletakkan calonnya bagi bertanding Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Dekan Pasca Siswazah dan Penyelidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamad Mustapha Ishak berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sengaja mewujudkan konflik kononnya berlaku pergeseran, seolah-olah memberi peluang kepada BN untuk meraih kemenangan.

Sedangkan, jelas beliau, Penanti merupakan gelanggang pertarungan yang dicipta oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menaikkan momentumnya sebelum menghadapi kes liwat beliau di mahkamah pada Julai ini.

"Sengaja mereka buat begitu (konflik), kalau tidak PKR akan jadi seperti kes syok sendiri atau ingin berlawan tetapi tiada lawan. Calon bebas bukannya lawan sebenar, jadi jika menang sekalipun tidak akan beri momentum kepada mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan PKR bukanlah pilihan popular dalam pilihan raya kecil itu apabila Pas juga berhasrat meletakkan calonnya.

Mohamad berkata, sebenarnya PKR tidak akan berkompromi dalam perkara ini kerana kemenangan DUN Penanti amat penting bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Bagaimanapun, katanya, BN pada masa ini berada dalam dua dilema iaitu:
n Sekiranya bertanding, bermakna terpaksa memasuki gelanggang PKR dan bakal berhadapan dengan reputasi dan persepsi teruk jika ditakdirkan tewas.

n Sekiranya tidak bertanding, BN bakal dicap sebagai pengecut sekali gus membolehkan PKR mendabik dada.

Sehubungan itu, kata Mohamad, BN perlu memikirkan penyelesaian terbaik supaya tidak mudah terperangkap dengan tipu daya PKR tetapi pada masa sama tidak pula dengan sewenang-wenangnya dianggap sebagai pengecut.

"BN kena congak betul-betul dan pastikan corak peperangan terbaik yang akan digunakan kerana pada masa ini PKR dan Pas sedang bersandiwara untuk membuka 'selera' BN supaya turut bertanding," katanya.

Saturday, April 25, 2009

KUALA LUMPUR, 22 April – Berikutan pelbagai spekulasi yang dibuat apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri Perak oleh Speakernya, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah, berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Datuk Hafarizam Harun, selaku Penasihat Undang-undang UMNO/Ketua Pasukan Undang-undang.

Kenyataan Rasmi

A. Pengenalan
Sejak daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan laman web tentang kesan atau impak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Notis Usul 06-04-2009 (A) antara YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (dituntut selaku Yang DiPertua, Dewan Negeri Perak) yang terbaru adalah di dalam laman http://www.harakahdaily.net/ oleh Saudara Hanipa Maidin, Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat pada April 20, 2009.

Justeru itu, saya selaku Ketua Pasukan Undang-undang yang bertanggungjawab di dalam kes di atas merasakan perlu saya berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat kesimpulan sewajarnya.

B. Latar Belakang Kes Mahkamah Tinggi Ipoh Saman Pemula No: 24-247-2009
Tindakan Saman Pemula ini telah difailkan pada 2hb Mac 2009 (tindakan pertama). Antara deklarasi yang dipohon adalah seperti yang tertera di dalam LAMPIRAN 1.

C. Kes Mahkamah Persekutuan Notis Usul No. 06-04-2009(A) di Putrajaya
Terdapat 11 permohonan yang dipohon oleh YAB Menteri Besar Perak dan enam Exconya.

Bagi mendapat kata putus kepada tindakan di atas, kami telah failkan suatu permohonan di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak yang bermaksud seperti di bawah:

“Without prejudice to any appelate or revisional jurisdiction of Federal Court, where in any proceedings before another Court, a question arises as to the effect of any Article in the Laws of tahe Constitution or any part thereof, the Federal Court may, on the application of either party to the proceedings, determine that question and either dispose of the case or remit it to the other Court to be disposed of in accordance with the determination.”

Ianya telah didengar oleh Mahkamah Persekutuan daripada 13hb hingga 14hb April dan keputusan diberikan pada 16hb April. Berikut adalah (LAMPIRAN 2) persoalan undang-undang yang telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu soalan (i) dan (ii) Lampiran A kepada LAMPIRAN 2 di sini.

Pada hari yang sama juga, (16 April 2009) Mahkamah Persekutuan telah membuat perintah-perintah berikut terhadap tindakan pertama kami iaitu memberikan perisytiharan bahawa;
a. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif Pertama hadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah; dan
b. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif ke-2 sehingga ke-7 menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

Berdasarkan kepada perintah-perintah peristiharan di atas, saya menyatakan bahawa YAB MB Perak dan enam Exconya layak hadir ke sidang Dewan Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb Mei 2009 atas alasan-alasan berikut:\

i. Perintah-perintah yang diperolehi adalah muktamad dan tiada lagi ruang untuk merayu.

ii. Jikalaupun tidak mendapat keseluruhan permohonan di dalam tindakan pertama, sila lihat Lampiran A kepada LAMPIRAN 2, yang pentingnya di sini ialah persoalan kesahihan penggantungan terhadap YAB MB Perak dan enam Exconya telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia ia tidak sah dan terbatal;

iii. Dalam ertikata lain, lain-lain permohonan (prayers) di dalam tindakan pertama hanyalah bersifat bersampingan (consequential). Yang pentingnya, seperti saya tegaskan tadi, adalah apa yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berkenaan pendapat Saudara Hanipa bahawa Peguam UMNO telah salah memilih prosedur, iaitu perlu melalui semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya Saman Pemula, ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam bantahan awal peguam YB Sivakumar bahawa tindakan pertama (iaitu melalui Saman Pemula) adalah betul dan wajar.

Tambahan lagi, apa yang dipohon adalah deklarasi hak-hak (declaration of rights) oleh YAB MB Perak dan enam Exconya.

Isu keputusan YB Sivakumar selaku Yang DiPertua patut dipadam oleh Mahkamah (quasued by the court) tidak timbul (non-issue) kerana ianya dibuat secara berseorangan (unilateral) dan bukannya di dalam sidang sah Dewan Negeri Perak. Sila lihat LAMPIRAN 3 iaitu kenyataan akhbar YB Sivakumar.

Jelas perkataan yang dibuat adalah “Saya telah membuat keputusan….”
Begitu juga surat-surat pemberitahuan di dalam LAMPIRAN 4, semuanya jelas menggunakan perkataan “…kuasa saya….” Ini pada hemat saya penggunaan kuasa secara berlebihan (excess use of powers) oleh YB Sivakumar dan tidak mengikuti lunas undang-undang.

D. Apakah yang dikatakan suatu penghinaan (contempt) yang kononnya dilakukan oleh YAB MB Perak dan Enam Exconya sehingga ianya digantung oleh YB Sivakumar?

Jikalau dilihat Saman untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebebasan (Rights and Privileges Committee) yang dikeluarkan oleh YB Sivakumar, selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, iaitu LAMPIRAN 5 (untuk YAB MB Perak) dan LAMPIRAN 6 (untuk Enam Exconya), ianya dikatakan suatu penghinaan (contempt) kerana:
(a) Untuk YAB MB Perak (LAMPIRAN 5)
“(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat diri kamu sebagai Menteri Besar;
(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;

(iv) Bahawa tindakan kamu membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai seorang ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;

(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan;

(viii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu bermaksud suatu kelakuan rasuah, derhaka, pengaruh tak wajar, biadap dan pemerintahan buruk.”

(b) Untuk Enam Exco Perak (LAMPIRAN 6)
“ (i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat sebagai ahli EXCO;

(ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-Undang Tubuh Perak;

(iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;

(iv) Bahawa tindakan di atas membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;

(v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;

(vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini dan adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;
(vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan.”

Persoalan pokok di sini ialah bukankah DYMM Paduka Seri Sultan telah perkenan mengadap dan mengangkat sumpah jawatan YAB MB Perak pada 6hb Februari 2009 manakala enam Exco pada 10hb Februari 2009.

Jika menerima perlantikan jawatan YAB MB Perak dan Exco adalah suatu penghinaan (contempt) kepada Dewan Negeri, tidak menerimanya pula adalah suatu penderhakaan (traitor) terhadap kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

Kesimpulan saya daripada di atas adalah berikut:
(i) Oleh kerana pihak pembangkang mengakui prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability) kuasa DYMM Paduka Seri Sultan melantik Menteri Besar dan barisan Exconya, YAB MB Perak dan Enam Exconya telah dijadikan mangsa serangan (obvious target);

(ii) Ianya adalah serangan secara pintu belakang (back door challenge) disebabkan prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability); dan

(iii) Suatu lagi contoh penggunaan kuasa secara keterlaluan oleh YB Sivakumar selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak tanpa mengambil kira prinsip pecahan kuasa iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Negeri dan di bawahnya adalah Badan Legislatif dan Eksekutif.

E. “Mesyuarat bawah pokok” – tidak sah

Adalah mengelirukan pada hemat saya, apabila Saudara Hanipa mengatakan bahawa penggantungan YAB MB dan Enam Exconya telah diterima (endorsed) di sidang bawah pokok kerana alasan-alasan berikut:

(i) Perintah Tetap 10, Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (LAMPIRAN 7) jelas mewajibkan perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan di dalam warta;

(ii) Mesyuarat bawah pokok pada 3hb Mac 2009 tidak mendapat perkenan, tiada perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan; dan

(iii) Ketiga-tiga mesyuarat di dalam Penggal yang terdahulu, yang terakhir berakhir pada 13hb November 2008, mempunyai perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan.

Ianya telah diikuti secara ketat oleh YB Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Ahmad Jamaludin sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Perak.

F. Kesimpulan

Adalah hujahan saya bahawa perintah Mahkamah Persekutuan yang diperolehi pada 16hb April 2009 adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan. Ianya juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Sunday, April 19, 2009

Daulat Tuanku...

Peringatan Sultan Azlan

Oleh SITI MARIAM MD. ZAINpengarang@utusan.com.my

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika menyampaikan titah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-81 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam. – BERNAMA

KUALA KANGSAR 19 April – Tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi diraja dengan menyemai rasa benci merupakan satu perbuatan ‘menyalakan api dalam sekam.’

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, perbuatan seumpama itu bukan sahaja amat berbahaya tetapi juga boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

Titah baginda, seseorang raja sebenarnya berada ‘di atas politik’ dan tidak boleh turun berdebat secara terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik terbabit.

“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian.

Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.

“Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan.

Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang- undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-81 di Istana Iskandariah di sini hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kerabat-kerabat di raja yang lain. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Pada hemat baginda, rakyat negara ini terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.

Tegas baginda, dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.

Justeru titah Sultan Perak, para pemimpin yang mewakili kumpulan politik berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Baginda mengakui hakikat sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara sememangnya berlaku kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir di negara ini.

Jelas Sultan Azlan Shah, baginda sendiri dari semasa ke semasa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahu pun tertutup berkaitan perkara-perkara yang tergelincir daripada dasar dan garis perundangan.

“Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa individu atau yang berpunca daripada kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.

“Barang dijauhkan Allah, bangsa menghadapi nasib malang ‘menang sorak kampung tergadai’, akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri,” titah baginda.

Sultan Azlan turut mahu tafsiran bahawa raja berperlembagaan adalah raja sekadar lambang tanpa sebarang kuasa diperbetulkan segera.
“Raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.

“Perlu ditegaskan bahawa raja berperlembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan serta hak untuk memberi peringatan dan teguran,” titah baginda.

Tegas baginda, peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan Perlembagaan.

Raja pemerintah, titah baginda, mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara agar sentiasa dilindungi.

Justeru, berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kata Sultan Azlan Shah, raja-raja mempunyai peranan Perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum- kaum lain.

ulasan- inilah Sultan yang peka akan nasib rakyat yang mahu kemakmuran dipertahan dan berterusan dibawah payung Barisan Nasional...

Thursday, April 16, 2009

Akhirnya..kurang dosa sikit menipu rakyat...

Fairus letak jawatan sebagai ADUN Penanti
16/04/2009 1:52pm
PULAU PINANG 16 April - Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang difakskan kepada Bernama di sini hari ini.
— Bernama

pilih kasih...la apa lagi...

KUALA LUMPUR, 16 April – Setelah dua bulan berlalu dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bercuti ekoran kontroversi yang melanda, akhirnya dia akan kembali bertugas semula esok sedangkan jika difikirkan secara rasional, wajarkah tindakan yang dipilihnya?
Bukan mahu mempertikaikan atau enggan memberi peluang atas soal peribadi yang kononnya telah dibiarkan berlalu sedangkan siasatan pihak polis berhubung dengan laporan yang dibuatnya belum lagi selesai.
Apatah lagi kekecohan yang timbul berkaitan salah laku moral Februari lalu bukanlah milik peribadi Elizabeth Wong semata-mata kerana tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat tentunya akan menuntut keseluruhan kehidupannya adalah bersih dari perbuatan negatif.
Tambahan pula, sebelum ini, Elizabeth sendiri telah mengakui perbuatan sumbangnya dan turut mengambil keputusan akan berpegang kepada pendirian meletakkan jawatan sebagai ADUN dan juga Exco kerajaan negeri Selangor.
Apa lagi yang perlu difikirkan jika yang empunya badan sendiri sudah mengakui bahawa gambar sedemikian adalah miliknya.
Malangnya pemimpin atasan pakatan campuran enggan melepaskan begitu sahaja, sebaliknya setelah diberi cuti selama dua bulan, kerajaan negeri Selangor menawarkan kembali Elizabeth menyambung tugasnya.
Sesungguhnya, terbukti dan terserlah bahawa pakatan campuran hanya pandai mengata dan berkata-kata sahaja dan apabila terkena batang hidung sendiri maka sepantas itu juga mereka mencari helah mengenepikan apa yang telah mereka perkatakan.
Ingatlah semula, bagaimana perlakuan dan kelancangan mereka menunding jari apabila ada di antara pemimpin BN yang turut menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab….
Pakatan campuran yang didalangi oleh PKR, DAP dan PAS terus sahaja memburuk-burukkan kerajaan BN apabila Datuk Dr. Chua Soi Lek yang ketika itu menjawat Menteri Kesihatan terlibat dalam skandal seks hingga memberikan pelbagai tekanan untuk beliau meletak jawatan sama ada dalam kerajaan mahupun parti. Lantaran itu, beliau berbuat demikian pada 31 Disember 2007.
Persoalannya, mengapa perkara yang sama tidak diambil terhadap ahli atau ADUN mereka yang secara terang telah mengaku bahawa dia telah berbuat silap dan ingin melepaskan jawatan.
Lihat sahaja bagaimana kes melibatkan Elizabeth Wong yang ternyata turut makan diri. Pengakuan Elizabeth terhadap gambar separuh bogelnya yang tersebar menyebabkan dirinya sendiri tertekan.
Selaku Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, sewajarnya Elizabeth tidak terbabit dalam perbuatan yang ternyata melanggar moral dan etika sebagai pemimpin yang kononnya berjiwa rakyat.
Walaupun Elizabeth mengatakan dirinya menjadi mangsa kepada pihak yang cuba menganiayanya tetapi dia mengakui bahawa gambar tersebut dirakam oleh bekas teman lelakinya.
Jika diambil soal etika dan moral, sudah pastilah hal sedemikian amat memalukan masyarakat yang menjadi pengundinya dan juga institusi kerajaan negeri khususnya rakyat di Negeri Selangor.
Memang Elizabeth membuat laporan polis kerana kononnya dia teraniaya. Ekoran itu siasatan yang dibuat oleh pihak polis menemukan semakin banyak pula kesalahan moral yang berlaku membabitkan pemimpin-pemimpin PKR hinggakan dikatakan bekas teman lelakinya adalah lelaki Melayu yang beragama Islam…
Nilailah sendiri kemungkinan-kemungkinannya….
Sebaliknya, para pemimpin tertinggi pakatan campuran membela apa yang dilakukan oleh Elizabeth lantas sebagai alasannya terus pula menunding jari menyalahkan pihak lain.
Justeru, bagaimana mungkin ia boleh berkait dengan UMNO dan BN sedangkan difahamkan bahawa bekas teman lelaki Elizabeth adalah antara penasihat kepada orang penting dalam PKR sendiri.
Sememangnya nilai moral dan etika dalam peribadi wakil rakyat dipertikaikan oleh masyarakat setempat kerana ia sememangnya menyalahi nilai dalam mana-mana agama sekalipun di samping bertentangan dengan budaya masyarakat dan bangsa Malaysia.
Lantaran itu, mereka ditolak dan akibat daripada tekanan di samping rasa tanggungjawab terhadap masyarakat yang telah memilih mereka, wakil rakyat terbabit wajar membuat keputusan bersandarkan kepada kesalahan sendiri.
Namun begitu, persoalannya… mengapa pula BN dan UMNO yang dikaitkan dan dipersalahkan?
Di mana logiknya keterlibatan BN dan UMNO hinggakan dijadikan sebagai objek untuk mengelakkan diri dari menganggung aib.
Dalam hal lain pula, tentunya masih jelas bagaimana tindakan pembangkang dalam menangani masalah salah laku moral terhadap ahli-ahli mereka termasuklah menyembunyikan keburukan moral para pemimpinnya, sebagaimana antara contoh kes Anwar Ibrahim meliwat pembantunya Saiful, kes Mat Sabu di bilik 121 Hotel Perdana dan Abd Razak Abas, si penyelak kain!
Lebih malang jika orang yang sebegini terus dijadikan contoh dan tauladan kepada rakyat khususnya di kawasan DUNnya sendiri iaitu selaku pemimpin dan wakil kepada masyarakat setempat.
Ironinya, bangkai gajah tak mungkin boleh disembunyikan dan sedikit demi sedikit kecacatan terserlah apabila satu persatu salah laku dan moral mula kelihatan. Lantas, nilailah sendiri kemungkinan untuk masa hadapan jika orang sebegini terus jadi pemimpin….
Janganlah hendaknya kerana terlalu taksub terhadap kepimpinan songsang pakatan campuran, maka gagal pula untuk menilai yang mana benar dan yang mana salah sepertinya tak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata.
Fikirlah, di mana kewajaran prinsip yang dipertaruhkan pakatan campuran?

Wednesday, April 15, 2009

kemenangan berterusan di perak...

Mahkamah putuskan penggantungan MB Perak tidak sah

16/04/2009 12:17pm

PUTRAJAYA 16 April - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan penggantungan Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Speaker, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah kerana seorang speaker tidak ada kuasa berbuat demikian.

Allah selalu bersama mereka yg benar..

Saturday, April 11, 2009

pandangan anda diperlukan...Cerita la sikit???

Datuk Seri Najib Razak mempelawa rakyat Malaysia untuk berkongsi pandangan mengenai barisan Kabinet baru yang diumumkan beliau Khamis lalu serta mengenai pendekatan baru berasaskan kemajuan yang bakal dikuatkuasakannya.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah menimbangkan beberapa faktor untuk memastikan bahawa Kabinet itu benar-benar satu Kabinet Rakyat yang mampu berkhidmat untuk rakyat secara saksama dan berkesan serta berusaha membawa negara ke hadapan tanpa meminggirkan sesiapa.

"Maklum balas daripada komen yang dihantar ke blog saya sejak pengumuman barisan Kabinet dibuat adalah melegakan bagi sesetengah pihak dan menimbulkan persoalan bagi yang lain.


"Berdasarkan perkembangan ini, saya mempelawa anda semua untuk berkongsi pandangan terhadap barisan baru ini dan pendekatan baru yang berasaskan kemajuan yang saya akan kuat kuasakan dengan menghantar komen anda.

"Saya juga sangat berminat untuk mengetahui harapan anda terhadap pentadbiran baru ini demi memastikan kebajikan dan pembangunan untuk semua golongan masyarakat akan terbela," katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my..

Bagaimanapun, Najib mengingatkan mereka yang ingin memberi komen supaya menghormati tata cara penyampaian pandangan mereka serta berdialog dengan berhemah dalam semangat sebenar Satu Malaysia.


"Memandangkan sebahagian daripada anda mungkin terlalu ghairah dengan barisan Kabinet ini, saya menyeru semua agar menghormati tata cara menyampaikan pandangan anda terhadap pandangan orang lain dan berharap kita akan terus berdialog dengan berhemah dan dalam semangat sebenar 1Malaysia," katanya.

Friday, April 10, 2009

Apa Cer Fairus...

PULAU PINANG 10 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke Bahagian Pendakwaan hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata SPRM telah meneliti kertas siasatan berkenaan dan mendapati pada peringkat siasatan ia telah lengkap.

“Pada peringkat siasatan, ia telah lengkap tetapi jika pihak pendakwaan mahu kita menambah siasatan atau sebarang fakta bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, SPRM akan melakukannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ditanya bila pendakwaan berhubung kes itu akan dilakukan, beliau berkata ia bergantung kepada Bahagian Pendakwaan untuk tindakan seterusnya.

“Sabarlah, bagi peluang kepada Bahagian Pendakwaan untuk meneliti kes itu dulu sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan selanjutnya,” katanya.

Mengenai sama ada Mohammad Fairus akan ditahan, Shukri enggan mengulas lanjut dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus. — Bernama
PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan

T. MurugiahKEMENTERIAN KEWANGAN:Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
:Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun HusseinTimbalan Menteri:1. Datuk Wira Abu Seman Yusop2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais YatimTimbalan Menteri:1. Datuk Joseph Salang Gandum2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:Menteri: Datuk Peter Chin Fah KuiTimbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:Menteri: Datuk Seri Shafie ApdalTimbalan Menteri:1. Datuk Hassan Malek2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled NordinTimbalan Menteri:1. Datuk Dr. Hou Kok Chung2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:Menteri: Datuk Mustapa MohamedTimbalan Menteri:1. Datuk Mukhriz Mahathir2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:Menteri: Datuk Dr. Maximus OngkiliTimbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:Menteri: Datuk Douglas Uggah EmbasTimbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:Menteri: Datuk Ng Yen YenTimbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:Menteri: Datuk Noh OmarTimbalan Menteri:1. Datuk Johari Baharum2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiTimbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:Menteri: Datuk Shaziman Abu MansorTimbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:Menteri: Datuk Liow Tiong LaiTimbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:Menteri: Datuk Ahmad Shabery CheekTimbalan Menteri:1. Datuk Razali Ibrahim2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:Menteri: Datuk Dr S.SubramaniamTimbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:Menteri: Datuk Ismail Sabri YaakobTimbalan Menteri: Datuk Tan Lian HoeK

EMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:Menteri: Datuk Seri Sharizat JalilTimbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun'

KEMENTERIAN LUAR:Menteri: Datuk Anifah AmanTimbalan Menteri:1. A. Kohilan Pillay2. Datuk Lee Chee Leong
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal AbidinTimbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Sunday, April 5, 2009




















interesting????

di load dari parpukari blog...tq sahabat....kita sebar penipuan mereka...

nizar oh nizar

rupanya si nizar ada dua kes rasuah n penyelewengan sedang disiasat...satu kes kuari satu kes pau tokey balak..

hai apa nak jadi dia nie...

moga sprm boleh bagi keputusan yg benar2 relevan...

hemmm dah la tipu pekedai malang yang kedainya ter bakar di felcra changkat lada, kata nak bagi pampasan and bantuan sebab kedai mereka terbakar...si malang ni buat la majlis sikit akhirnya...batang idung pun tak nampak..kesian mereka semua kena tipu dengans i nizar nie..apa la nak jadi...

macam nie nak jadi mb...tau kaut balak, kuari jer....apacer daaaa...sprm sila siasat...dah banyak blogger laporkan di merata blog mereka akan penyelewengan nizar nie hemmm

Wednesday, April 1, 2009

mulanya pepecahan..

Laporan siasatan dakwaan Amizudin belum diterima

PULAU PINANG: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata beliau masih belum menerima laporan siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan anggota parti di negeri ini.

"Siasatan itu sepatutnya siap minggu ini, tapi setakat ini saya belum terima lagi," katanya di sini, hari ini. Katanya, panel yang diketuai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Abdul Halim Hussain, diberi masa tiga minggu bagi menyiasat dakwaan Ketua Pemuda PKR Kepala Batas, Amizudin Ahmat berhubung kes rasuah itu.

Pada 27 Februari lalu, Amizudin dalam sidang akhbarnya mendakwa terdapat anggota PKR Pulau Pinang menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai. Zahrain berkata selepas menerima laporan itu, beliau akan segera mengemukakannya kepada PKR negeri. "Kita akan adakan mesyuarat di peringkat negeri dan seterusnya mengemukakan laporan itu kepada peringkat PKR pusat," katanya.

Zahrain berkata, hasil siasatan itu tidak akan didedahkan kepada umum kerana ia membabitkan hal dalaman parti. "Kita akan lihat dulu hasil laporan itu, jika ada tindakan yang perlu dibuat, kita serahkan kepada PKR pusat untuk menentukannya," katanya.

Anggota panel empat orang itu ditubuhkan pada 16 Mac lalu. Tiga lagi anggota panel itu ialah Timbalan Speaker DUN, Tan Hock Leong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban, S Raveentharan dan Adun Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin. - Bernama

Thursday, March 26, 2009

dah tau dah..

Mohammad Fairus ditahan SPRM

Timbalan Ketua Menteri I beri keterangan dakwaan rasuah babit syarikat kuari GEORGETOWN: Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan syarikat kuari di Seberang Prai.

Beliau yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Exco kerajaan negeri berkuat kuasa 8 April ini, ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru, Johor, jam 11 malam kelmarin.

Kehadiran Mohammad Fairus yang dalam perjalanan ke Singapura di kompleks itu, dikesan Jabatan Imigresen yang menahannya sebelum memaklumkan kepada SPRM. Selepas itu, sepasukan pegawai SPRM membawa Mohammad Fairus, 33, ke pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 2.45 pagi semalam untuk diambil keterangan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengesahkan Mohammad Fairus ditahan di kompleks berkenaan.

"Beliau ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada Berita Harian. Bagaimanapun Mohammad Fairus dibebaskan petang semalam. Sabtu lalu, Mohammad Fairus memohon meletak jawatan melalui sepucuk surat difaks kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Guan Eng menerima peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Penerangan negeri, berkuat kuasa 8 April ini.


Bagaimanapun, beliau mengekalkan statusnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti. Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat bulan lalu, yang mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terbabit dalam penyelewengan membabitkan sebuah kuari di Seberang Prai.

Amizuddin mendakwa dua pemimpin PKR itu bekerjasama dengan syarikat kuari di Seberang Prai dengan melindungi aktiviti haram kuari terbabit.

Berikutan itu, SPRM membuka kertas siasatan dan PKR Pulau Pinang turut menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat kesahihan dakwaan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md Yatim, berkata sepasukan pegawainya dihantar ke Johor bagi mengambil keterangan Mohammad Fairus bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan.

"Beliau ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes itu dan ketika ini proses berkenaan masih berjalan yang dikendalikan oleh pegawai SPRM Pulau Pinang serta Johor. "Ia prosedur biasa dan beliau akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang jaminan selepas keterangannya selesai diambil," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ditanya sama ada Mohammad Fairus membawa wang dalam jumlah besar ketika ditahan, Latifah enggan mengulas. Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mahmood Adam, ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima notis daripada SPRM berhubung individu yang dilarang keluar negara termasuk Mohammad Fairus.

"Apabila pegawai kami mengesan kehadiran beliau di KIK, Jabatan Imigresen segera memaklumkan kepada SPRM," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng enggan mengulas mengenai penahanan timbalannya sehingga SPRM membuat kenyataan rasmi dan sedia bekerjasama berhubung apa-apa kes rasuah di negeri ini.


apa cer guan eng???? takut daaa...